Tuesday, December 23, 2008

Collect data at Gunung Ledang or Mt. Ophir.

Baru-baru ini aku dan beberapa rakan iaitu Adha, Yoe dan Ana telah mendaki Gunung Ledang di Johor. Tujuan asal kami sebenarnya bukanlah pada pendakian, tetapi untuk membuat survei terhadap pendaki tentang kesan sosial terhadap pendaki semasa pendakian. Kami di arahkan oleh supervisor iaitu En Samshor Nahar@John untuk mendaki. Aduh...agak perit juga pendakian ini kerana aku tak prepare ape pun tuk mendaki kali ini.. persediaan aku betul-betul fokus pada mental sahaja dan sedikit pengalaman aku yang pernah mendaki gunung-gunung yang lain sebelum ini. Kami menggunakan trek dari Taman Negara Ledang, Johor bersama kumpulan pendaki kelab kembara politeknik JB. Kebetulan mereka hendak mendaki jadi kami menyertai mereka dan juga menjadi target responden.


Trek menuju checkpoint 1

Summit at check point 1..memang semput

Kami mendaki lebih kurang 40 orang dan kebanyakan pelajar Poli JB ni 1st time mendaki..so pergerakan agak perlahan pada mulanya kerana ada pelajar perempuan yang tak cukup angin dan nafas kerana trek ini awal-awal lagi dah steep.. siapalah yang buka trek nih.. carila route yang beginner ckit tuk awal pendakian..heheh.. perjalanan di teruskan setelah kami memberi semangat dan tips untuk mendaki. Sepanjang laluan Check point(CP) 1-CP 3 aku perhatikan trek kurang sesuai kerana agak lebar, ini di sebabkan oleh hakisan akibat pendaki yang terlalu ramai memijak tanah dan banyak pokok yang tumbang di sebelah trek. Akan datang trek ini kurang sesuai untuk menampung lagi kapasiti yang ramai. Pada masa sekarang pihak Taman menghadkan lebih kurang 100 pendaki pada satu masa dan akan datang bagi aku mungkin harus di hadkan kepada 100 pendaki dalam sebulan atau membuka trek yang baru. Kesan impak fizikal pada trek agak jelas kerana tanah jenis berpasir dan mudah terhakis.


CP2

Perjalanan di teruskan, kali ini cabaran lebih hebat kerana trek pendakian lebih steep aku anggarkan lebih kurang 45-60 darjah. Lutut aku terasa macam nak tercabut dan panas..tekanan pada lutut amat kuat sehingga aku mengeluarkan perkataan kepada Yoe " dah tiba masanya tuk aku bersara," hehe...yeke? persoalan yang bermain di fikiran aku ketika itu sahaja, natijahnya aku masih sayangkan aktiviti gunung. Tetapi trek ledang ni aku rasakan seperti mengimbas pengalaman lalu aku kerana ada beberapa tempat yang membuat aku recollect balik contohnya pendakian yang menggunakan tangga membuat aku teringat pada tangga 15 Gunung Tahan dan kawasan yang melalui seperti gua pula membuat aku teringat kepada Gua Wang Pinang Perlis.

Laluan bertangga

CP 6 Gua kambing

Puteri Gunung kami di laluan Gua

Setelah pendakian melalui gua, kami tiba pula di kawasan Bonsai di mana pokok yang terdapat di sini adalah pokok bonsai yang renek, teringat aku tika di puncak botak Gunung Tahan dan Bonsai di Korbu. Kemudian tibalah kami di kawasan batu hampar yang aku rasakan risiko yang amat tinggi. Kawasan ini adalah kawasan dinding yang berbatu dan perlu mendaki menggunakan tali jenis kapal (terms yang aku gunakan kerana tali anchor kapal). Bagi kanak-kanak, tidak sesuai melalui batu hampar ini, kerana tali ini harus di pegang kuat jika tersilap langkah boleh jatuh ke bawah, curamnya lebih kurang 60 darjah. Aku cukup gerun tengok batu hampar ini, kerana di bawahnya gaung. Dua laluan batu hampar yang kami harus tempuhi. Tetapi laluan ini akan di tutup apabila hari hujan dan cuaca yang tidak baik atas faktor keselamatan. Sempat juga aku menoleh ke belakang kerana view amat cantik..view yang cantik membuatkan penat dan letih aku hilang.

Batu Hampar



Termenung di puncak Bonsai

Pendakian di teruskan lagi sehingga ke puncak dan kami tiba lebih kurang pukul 2.00p.m 29 nov 08. Sekiranya tidak sampai lebih kurang pukul 3.00 maka pendaki harus turun kerana trek Ledang sekarang tidak boleh berkhemah, ini kerana pihak Taman Negara menutup kawasan perkhemahan di Gunung atas faktor keselamatan kerana pokok banyak tumbang dan pernah menghempap pendaki sebelum ini. Lagipun musim hujan sekarang amat merbahaya kepada pendaki yang ingin berkhemah. Kami makan di atas puncak iaitu maggi dan roti untuk mengalas perut sebelum turun pada pukul 2.30. Sempat juga kami merakamkan kenangan di atas puncak dan cuaca tika itu cerah dan kami dapat melihat sekeliling puncak 360 darjah antaranya Muar, Asahan Melaka, Segamat dan Tangkak. Menariknya gunung ledang ini kerana ia tidak bersambung dengan Banjaran Titiwangsa dan ia merupakan puncak yang tunggal. Berdekatan puncak pula terdapat menara pemancar jika anda melalui lebuhraya PLUS berdekatan tangkak, anda akan dapat melihat puncak tertinggi di bahagian selatan dan boleh nampak pemancar jika cuaca terang.


Pandangan dari puncak

Pemandangan Tangkak

Kami di Puncak

Perjalanan turun agak menarik juga, dan kami melalui trek yang berlainan. Yang aku bengkek sangat trek tu pula sebelah laluan jalan kenderaan menuju ke pemancar. Panas hati aku bila dengar bunyi motor sedang melalui jalan tar hehek.. kami terpaksa membawa pelajar perempuan Poli JB yang cedera turun kerana lututnya bengkak akibat terjatuh dan step pun tidak berapa laju. Ada antara pelajar Poli yang mental down dan kami cuba menenangkan mereka. Kami tiba di Pejabat Taman lebih kurang pukul 5.30p.m. Seterusnya kami di kenakan inspection sampah yang di bawa. Setiap plastik yang di bawa harus cukup dan pakaian juga sepertimana yang kita declare sebelum mendaki. Ini bagi mengelakkan perbuatan membuang sampah di trek. Satu peraturan yang bagus bagi aku. Ini bagi mengelakkan khazanah hutan kita tercemar dan generasi akan datang tidak menghadapi kerosakan ini. Sampah terlalu banyak di gunung ini sebelum di ambil alih oleh pihak Taman Negara.

Spesis Periuk kera yang boleh di jumpai.

Inspection barang

Bagi sesiapa yang sampai ke puncak akan di berikan sijil oleh pihak Taman Negara. Pada malamnya pula akan membuat survei pada responden pelajar Poli JB. Tahniah dan terima kasih atas kerjasama pensyarah dan pelajar Poli JB kerana membantu aku..sekian....

1 comment:

st0rm said...

menarik arr trip korang..aq plan nak g jugak ledang..