Saturday, January 3, 2009

Hampir bengang

Hari ini aku ke Plaza Low Yat berurusan tentang laptop Deela yang problem pada Hardisc. laptop Compaq yang baru di beli tercatat error hardisc. Compaq memang selalu mengalami problem pada hardisc menurut kata Ijam (Bf Ila). Khidmat Ijam terpaksa di bawa untuk mendapatkan penjelasan. Kebetulan Ijam datang ke KL. setelah beberapa minit menunggu..owner kedai menyuruh kami datang esok. Aku explain pada dia sebab esok aku banyak urusan dan malas nak mengadap kesesakan di KL. Nasib baik diorang boleh consider. Beberapa jam menunggu..akhirnya laptop dapat di baiki. Satu sikap yang aku puji Mat Pakistan ini diorang care customer. Mereka cuba sedaya upaya. Kalau tidak mereka hendak menghantar kepada center Compaq untuk di baiki. Walaupun hardisc ini sepatutnya perlu di rujuk tetapi mereka mengambil berat masalah dan menukar dengan yang baru. Aku berpuas hati walau pun puas aku bertegas dengan mereka soal masalah mengambil keesokan hari. Sikap begini yang perlu di contohi jika ingin maju terutama bagi melayu..Kebanyakan kelemahan peniaga melayu suka mengambil sikap sambil lewa tentang kepuasan customer. Banyak yang aku perhatikan dan lalui. Bukan aku anti-bangsa aku meniaga, tetapi banyak kelemahan harus di perbaiki. Ya..memang benar melayu ada yang kaya dengan meniaga, tetapi kebanyakannya secure projek dengan bantuan Kerajaan. Tidak pernah rasa susah jatuh dan bangun. Bagaimana mereka mahu menilai keupayaan? Aku percaya jika sesiapa sahaja yang ingin menjadi usahawan..perkara yang paling penting adalah kepuasan pelanggan dan berusaha keras, biar kita selesaikan masalah sekecil mana pun..tetapi jangan kita hilang pelanggan kerana sikap yang mengambil mudah dan sambil lewa tentang kepuasan. Kepuasan memang sukar di ukur, tetapi kita mencuba yang terbaik. Lewat pukul 11p.m aku sampai di rumah dan lega masalah laptop selesai.

without life jacket to river crossing

Baru-baru ni aku ke Rantau Panjang untuk pergi menemankan mak shopping setelah ikan tidak mengena. Barang-barang dari sini lebih murah dari uptown or downtown. Yelar.. barang dari KL datang dari sini juga tapi bila dah sampai KL jadi mahal sedikit sebab kos pengangkutan dan minyak dari Kelantan. Hujan renyai turun, tapi niat mak..aku tetap tunaikan. Aku jadi rambang mata bila duduk di situ sebab pelbagai jenis jersi di jual dari brand cap ayam hinggalah Gred A jersi yang di jual. Walau bagaimanapun aku tidak berminat untuk sambar sehelai pun. Sebab aku dah kurang gemar pakai jersi.Setelah puas shopping aku pergi meninjau Sungai Golok, sebab nak tengok bagaimana mereka menyeberang dan menyeludup.

Kisah di Sg. Golok
Semasa aku berada tebing Sg Golok dari arah Malaysia, aku lihat pelbagai ragam orang di sini melakukan kegiatan harian. Bot mengangkut barang kelihatan ulang alik menghantar barang jualan antara Thailand dan Malaysia. Aku hairan bagaimana penguatkuasaan kita lemah di bahagian Sungai. Mereka seolah-olah tidak menghormati undang-undang kerana dengan selamba menyeludup barangan. Faktor penyebab kerana sungai itu agak panjang dan mungkin susah untuk tugas pengawalan atau penguatkuasa sudah jemu dengan kes sebegini. Tetapi bayangkanlah kerugian yang kerajaan akan hadapi. Penguatkuasaan hanya bertumpu pada jalan darat. Persoalannya adakah penguatkuasa kita tidak mencukupi untuk mengawal dan adakah rakyat kita juga tidak menghormati undang-undang? Di sisi yang lain pula kelihatan rakyat kita dan Thailand begitu mudah menyeberang sungai dan seolah-olah negara yang tiada undang-undang. Walhal tentera Thailand berada di tebing sungai dan hanya melihat mereka berurusan keluar masuk. Menurut penduduk di situ yang sudah mahir dengan selok belok kawasan tersebut..jika ingin menyeberang jangan tunggu di tebing sungai, sebab tentera mereka akan tangkap dan mereka akan sumbat di dalam penjara atau di jual. Samseng sangat berleluasa di sana. Agak gerun aku mendengarnya dan jika kita mempunyai teman atau saudara di sana lebih baik, kerana rasa agak selamat berada di seberang Thailand. Apa yang sangat membimbangkan aku adalah cara mereka menyeberang sangat merbahaya dengan menggunakan sampan berbayar RM1.00 sekali menyeberang. Merbahaya yang aku maksudkan kerana mereka tak menggunakan sebarang jaket keselamatan. Memanglah kalau di lihat sungai itu tidak lebar lebih kurang 10meter tetapi risiko terlalu tinggi. Pendayung sampan pula selamba jer..dengan tidak memakai jaket keselamatan.

Pandangan dari arah Thailand (siap ada yang berdiri lagi..)


Jangan tiru aksi ini..


Aku cukup concern tentang life jacket ni..sepanjang aku belajar ilmu outdoor dan terlibat dalam bidang outdoor..jaket keselamatan amat di titik beratkan..jika berada 5meter dari air pun mesti menggunakan life jacket even air paras lutut pun mesti memakai kerana boleh berlaku juga lemas walau air setinggi itu.. adakah mereka tidak sayangkan nyawa mereka? kalau di tanya pasti yang akan ramai menjawab "mereka sangat sayangkan nyawa." Kita sering mengambil mudah soal keselamatan, walaupun dianggap remeh bagi sesetengah individu. Berita hari ini jelas terbukti berlaku di Kuala Krai, Kelantan apabila seorang lelaki bersama rakan hendak mengambil buluh di seberang sungai. Sungai apa? aku pun tak ingat..semasa mereka hendak menyeberang pulang tiba-tiba paras air meningkat dan mereka nekad untuk menyeberang. Tetapi nasib tak menyebelahi apabila seorang rakan lemas di bawa arus deras. Sekarang ni musim hujan dan air sungai boleh meningkat bila-bila masa. Janganlah kita ambil mudah soal keselamatan. Jawapan yang sering aku dengar " nak buat macam mana, dah takdirnya mati dengan cara begitu," Ya..memang benar tetapi adakah Tuhan menyuruh kita menempa maut dengan mengabaikan keselamatan? Kesedaran masyarakat kita masih rendah dan suka mengambil mudah soal risiko. Bukan risiko di air sahaja, tetapi di darat juga terlalu banyak berlaku. Maka ramai khidmat-khidmat rakyat kita telah berkubur lebih awal..fikir-fikirkanlah...