Thursday, January 29, 2009

Remaja perempuan lari bersama teman lelaki

Sekarang banyak kisah yang di paparkan tentang anak2 yang lari bersama teman lelaki warga asing. Mengapa ini terjadi? salah Ibu bapa yang mendidik atau anak yang sering memberontak mengikut kata hati?

ada beberapa perkara yang aku ingin nyatakan di sini antaranya sikap ibu bapa juga yang mungkin mempengaruhi perlakuan anak. Anak adalah kain putih yang lahir dan ibu bapa harus mencorakkan kehidupan mereka. Kadang2 ada ibu bapa yang kurang ambil berat masalah remaja. Remaja jiwa mereka sering ingin mencari identiti dan kebebasan. Bagi remaja mereka sentiasa explore perkara2 baru dan mereka sukar kadang2 membezakan antara baik dan buruk sesuatu perkara itu. Jadi peranan ibu bapa seharusnya memantau dan memberi pedoman kepada mereka kebaikan dan keburukan sesuatu perkara selagi tidak melanggari batas.
Apabila gejala yang tidak baik berlaku, masyarakat mudah menuduh remaja satu kumpulan demografi yang sering mendatangkan masalah. Aku kurang bersetuju sekiranya tuduhan di berikan terus kepada remaja sekiranya gejala sosial yang berlaku. Seharusnya galakan daripada masyarakat memberi panduan dan didikan kepada golongan remaja ini ke arah aktiviti yang lebih mempesonakan dan lebih sihat dapat di wujudkan.

Remaja pula ada beberapa masalah atau sindrom yang mereka hadapi antaranya mereka ini kadang2 lupa bahawa keterbatasan di dalam kehidupan akibat pengaruh persekitaran yang membentuk ruang fikiran dan perlakuan mereka. Kadang2 mereka mudah hanyut dengan keseronokan yang di sajikan dan ada antara golongan mereka tidak mengkaji kesan atau akibat perbuatan mereka.

Contoh di dalam kes lari mengikut kekasih dan berkahwin di seberang dengan usia yang terlalu muda dan ada kes yang terbaru aku terbaca di dalam sebuah akhbar umurnya baru 15 tahun lari mengikut teman lelaki dan telah mempunyai seorang anak, kini insaf dan mahu pulang ke pangkuan keluarga kerana kehidupannya susah di negara kelahiran suami dengan pendapatan RM6 seari.. Tidakkah mereka memikirkan dengan meminggirkan ibu bapa dalam soal kehidupan mereka yang masih remaja mendatangkan kesan emosi pada ibu bapa?

Jadi kepada remaja terutama remaja perempuan fikirlah sebelum melakukan tindakan untuk lari bersama kekasih. Gunakanlah saluran yang betul jika mahu berkahwin dan minta restu kedua ibu bapa sebelum melakukan sesuatu tindakan. Janganlah menjejaskan kerukunan sesebuah institusi kekeluargaan akibat tindakan yang membelakangkan kedua ibu bapa.