Thursday, January 1, 2009

Tahun Baru

Malam tahun baru aku dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur setelah bercuti di Pantai Timur. Sebenarnya aku ke Pantai Timur kenduri kahwin di sebelah pihak lelaki. Setelah selesai aku bercuti dan melawat ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Dalam perjalanan aku singgah di Genting Sempah untuk makan dan aku lihat ramai anak muda yang berehat di situ. Mereka mungkin hendak naik ke Genting. Macam-macam ragam aku lihat gelagat mereka. Teringat aku zaman aku remaja seperti mereka yang keluar malam untuk menyambut tahun baru. Kini aku lebih seronok untuk berada di rumah atau bersama keluarga atau membuat aktiviti yang lebih berfaedah. Bukan aku kata menyambut malam tahun baru itu tak bagus, tapi aku jenis tak gemar pada kesesakan orang ramai.

Pagi tahun Baru 1 Januari 2009

Pada tahun baru ini aku pergi ke plaza Low Yat untuk mencari bateri laptop aku yang dah season. Selain itu aku temankan deela beli laptop baru. Banyak juga aku pelajari tentang teknologi di Low Yat ni..Aku survei beberapa kedai dan tertarik dengan satu kedai ni penjualnya dari Pakistan. Pakej pembelian laptop yang ditawarkan menarik minat aku dan Deela. Aku bersembang dengan promoter yang bekerja di situ yang rata-rata semuanya berasal dari Pakistan. Mereka ini datang ke Malaysia hampir 4 tahun dan yang aku terperanjat ownernya pula rakan mereka dari Pakistan juga yang dah menetap di negara ini 7 tahun. Lalu aku menyoal staffnya bagaimana die mendapatkan modal yang sebegini banyak untuk membuka premis perniagaan komputer? jawapannya, ini kerana sahabatnya dulu tidak banyak modal, tapi dia bekerja keras dan rajin untuk hidup. Nak di katakan mat Pakistan ini kaya tidak juga kata sahabatnya.. tapi sederhana. Lalu aku terfikir bahawa sistem liberal telah membuka satu pasaran bebas kepada semua masyarakat dunia di Malaysia untuk bersaing. Di Kuala Lumpur ini lebih jelas di mana ramai peniaga dari negara asing mulai bertapak. Satu persaingan yang sihat dan sifat berlumba untuk terus maju akan lebih cepat merebak di kalangan rakyat Malaysia. Ekonomi negara berada dalam keadaan yang baik berbanding di negara Pakistan, maka mereka mengambil peluang untuk menjalankan perniagaan di sini. Di Amerika yang mengamalkan sistem Liberal telah mewujudkan ramai peniaga dari luar dan ada antara rakyat Malaysia yang sudah bertapak di sana menjalankan perniagaan dan produk mereka juga telah diterima oleh masyarakat di sana. Persoalannya adakah sistem Liberal ini bagus? terpulang kepada individu untuk menilai.