Thursday, January 8, 2009

Tinggalkan ia sebagai kenangan..

Sowi.. aku baru dengar lirik Adam Ahmad ni buatkan aku teringat kisah cinta yang lalu..pengalaman yang lalu amat perit aku rasakan di saat bunga sedang berkembang..tetapi aku tidak mahu salahkan dirinya..kerana mungkin ada hikmah di sebalik nikmat yang Tuhan tarik..xperlu lah aku coretkan di dalam blog ini kerana ia boleh mengaibkan pelbagai pihak..tapi itu semua buatkan aku bersyukur kerana banyak mengajar aku erti idup dan menemui wanita yang lebih baik dalam hidup ku sekarang dan betapa tulus cintanya dan kasihnya dia kepada diriku..Aku bersyukur dengan nikmat yang Tuhan tarik dan berikan padaku.. Aku terpanggil juga kerana membaca akhbar baru-baru ini tentang saman terhadap bekas tunang kerana memutuskan tali pertunangan di saat akhir hendak melangsungkan majlis..aduh bayangkan betapa pedihnya..tapi dalam kes ini aku tidak mahu salahkan sesiapa. Hanya mereka tahu kisah di sebaliknya. Aku sebenarnya bukan layak tuk bicara soal nih.. Aku menulis ni pun kerana seorang sahabat yang banyak meluahkan perasaan kepada aku tentang kisah cintanya. Siapa orang tu tak perlu lar aku kenalkan..tapi dia memang rapat ngan aku.. Aku tidak pandai sangat bercinta dan aku bukan mahir sangat dalam soal cinta. Apabila dia luahkan aku menjadi pendengar yang setia. Kadang-kadang orang yang kuat dari zahirnya kita ingat semua perkara dia hebat..tapi tidak sebenarnya..Bila tiba masa dan ketika, seseorang itu hampir lumpuh juga hidupnya..jadi aku takkan menolak apabila seseorang ingin meluahkan..sebab aku tahu betapa pedihnya hati pabila di kecewakan. Semalam seorang sahabat sejak aku dari kecil, beri kad.. dah nak kawen kawan aku nih..tengok cinta kawan aku ni.. membawa ke jinjang pelamin dah. Tahniah buat sahabatku ini..aku bler lg? jgn tnyer bila..aku masih belum bersedia. Kadang-kadang orang mengatakan cinta itu merumitkan, leceh, membosankan, dan macam-macam lagi persepsi.. Tapi percayalah cinta itu sangat indah apabila bersulam kejujuran, keikhlasan, keluhuran hati, saling mempercayai antara satu sama lain..Tapi awas..jika tidak kuat dalam diri, kerana cinta juga membuatkan perasaan luluh dan hancur. Memerlukan masa dan semangat untuk pulih.. Aku percaya..jika niat kita ikhlas tapi kita tewas di pertengahan jalan..jangan berduka kerana Tuhan sekadar ingin menguji kita..kerana Tuhan ingin melihat kekuatan diri kita dan kepada Dia jua kita memohon petunjuk untuk kita keluar dari perasaan kekecewaan. Tuhan ingin memberi kita sekelumit ujian supaya kita mengingati diriNYA di mana Dia berhak memberi dan menarik semula nikmat CINTA..


Wajahmu
Seindah serinya pelangi yang indah
Seharum mawar putih segar berkembang
Wajahmu
Mengapa sering terbayang dimataku
Sehingga terbawa didalam mimpiku

Sayangku
Tahukah kau didalam hatiku ini
Tersimpan perasaan cinta nan suci
Kau bunga
Ingin kusuntingmu menjadi milikku
Lantas kuabadikan dalam jiwaku

Sayangnya
Harapan yang selama ini kubawa
Hancur berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi

Kau pergi jua
Setelah cinta ku kini membara
Belum sempat kucurahkan kasihku
Kau pergi tak kembali...

21 comments:

Amin Ahmad said...

sian dowh kawan kau tu.

tapi gua tau dia akan ok. mungkin dia terkejut kot. biasalah bila kau jujur tiba2 kejujuran kau tu hanya dianggap sampah, (sambung sendiri la apa pun).

bila dia ok, aku yakin dia akan lebih kuat.

aku kenal dia kan?

afiq abdullah said...

ko rse?tp memang sian lar sahabat aku tuh..pedih hatinya membawa diri nyer jauh skali..

den_carnal said...

mmg ade gk btul ckp ko bro..
apepun, amik positif atas ape trjadi..
n alhamdulillah, mcm ko ckp..
mmg kte perlu sentiasa ingat kepadNya..
sekurang-kurangnya kita patut lebih bersyukur sbb nikmat yg ditarik 2 tu simpang jauh dari famili kte lg..
mmg situasi ni penah tejadi kt aku, tp aku rs ramai lg kot.;p
alhamdulillah,syukur kerana nikmat, iaitu bukan dari kalangan keluarga kita yg ditarik olehNya..

amik pengajaran n dari pengalaman yg dilalui sbg teladan di masa akan dtg..

den_carnal said...

antara feveret aku beberapa menjak yg lalu (semasa tgh down),hehe..

-dahlan zainuddin - kisah seorang biduan
-allyecats - tangga2 ke pintu bahagia

act, ade byk lagi bro..
kena cari la..
huhu..

snm | snm said...

lagu tu mgambarkan apa yg abang aku rasa..smga dia sdh recover dr kekecewaan. kadg2, bila bercinta, jgn kau beri kesemua hati kau pd dia, simpan sedikit utk diri sndr. mgkin yg sdkt itu dpt pulihkan diri kau dgn cpt jika cinta kau dipermainkan. jgn kau ulang apa yg abang aku buat :p beri kesemua cintanya..



ungkapan pergi tak kembali tu sdkt lucu bg aku bila dikenang :)

Situasi di LRT Sg Besi
Mr.SNM: Cik, saya nak 2 tiket ke Plaza Rakyat pergi balik, 1 tiket pergi tak kembali. (sambil senyum2 kambing)
Cik Tiket: Hah?!!
Mrs.SNM: Ehh..jgn nak main2 pkataan pergi tak kembali tu ye (lalu mencubet lemak di perut Mr.SNM)

Pergi tak Kembali yg dia mksudkan, tiket LRT sehala. Dia blh tibai sebut Pergi tak Kembali. Hampeh..

Amin Ahmad said...

haha, encik SNM itu ok!

kau jaat cubet perut dia!

tentang kawan kau yg hilang cintanya itu, aku yakinlah dia kuat! aku tgk dia dah ok byk dah dari aritu..

dia cakap pelan2 kayuh, untung la dia agak sibuk skrg.

afiq abdullah said...

owh thanx komen kalian tentang perasaan..moga sahabt aku itu mendpt sdkit input n boleh aku smpaikan pd die nnt..bro Den_carnal..pergh byk gak ko lyn lagu yer..ko kena file kn dlm 1 CD tuh lagu2 kekecewaan..


nnt ku lh suggst kt kwn aku dengar..

afiq abdullah said...

Mrs.Snm tapi jika seorng laki yang jujur pasti die akan mmbrikan slruh hatinya..krna dek prasaan syg..tp sy stju juga ckp Mrs Snm..kte mst ade prasaan curiga juga tiap kali dlm idup..supya kte lbh brati2..

snm | snm said...

betul..tu tak dinafikan..dia jujur lalu dia berikan cinta sepenuh hati. seperti seorang abang aku si tuut :p

tapi..simpan sikit ruang dlm hati, utk diri sndr. bila kau dah sah nikah, baru kau buka ruang tu, utk mencintai dia, sepenuh hati :D

jgn risau, kuasa talak kan di tangan sang suami?

Amin Ahmad said...

agak2 ppuan suka ke kalau laki x cinta dia sepenuh hati?

teng teng teng....misteri!

afiq abdullah said...

aah Cik Snm btul ker pmpuan xske laki xmmncntainyer spnuh ati?

ReMyZiEy said...

kawin la cepat2 afiq ekeke. parah nampak gayanya tu.

snm | snm said...

Perempuan tak suka!

Tapi jgn la ckp depan2, kunun2 kau cuba berlagak jujur. Padahal jujur tak bertempat. Hemp..Hampeh..

tapi aku rasa, klu kau cakap macamni

Saya sayang awak, blm sepenuh jiwa lg, err..90% perhaps..kerana, sayang itu akan menjadi infiniti utk awak seorang jika awak sah milik saya.

aku pun blh cair :p

tp klu ppuan still x blh trma knp kau x syg dia 100%, dia mgkin xde perasaan give & take. kau blh kukuhkan lg hujah dgn kata2 ni, awak x nk terima, apa daya saya utk memaksa. yg saya mampu, hnya beri ruang utk waktu skrg ini, live ur life to the fullest with ur family & friends. sbb bila kita dah sah nikah, awak milik saya seorang.

Eceeyyy..aku pandai jugak bg hujah :p

afiq abdullah said...

owh Snm tq 4ur information..mmg ko pndai berhujah hehek..

afiq abdullah said...

Bukn aku yg ptt kawen ramzi..amin tu ha yg aku tujukan..opss..trlps ck..hahakz..

den_carnal said...

ye..
aku setuju..!!!

Amin Ahmad said...

cis, cari point la tu!

snm | snm said...

amin silap teknik aku rs..
amin perlu belajar teknik menyayangi gadis jgn smpi 100% sayang :p

oh ye..lg satu, gaduh dgn gadis jgn diikutkan sgt angin mrk. nnt kau akan TENSION sbb at the end, mrk menang bergaya (spt aku. hikss..). kau pula akan menyerah tp bkn utk menang :p

**afiq, x semua kata2 aku blh dijadikan panduan. eceyy..ni apa yg aku pnh rasa. dan kadg2, aku menyesal, bergaduh dgn kekasih krn hal bodo. tp dia layan kan saja. dan buat aku lg rs bsalah :p

Anonymous said...

ermmm....komen yg baek...afiq, ko mcm da expert jek..ko da ada awekz ker???huhuhu....

den_carnal said...

hmm..
ade org nk kenal 2..
cuba la..:p

amesui said...

fik...sjk bila jd dokter cinta?tlg2 dah parah ni.....