Monday, March 31, 2008

DEMOKRASI

Assalamualaikum kepada semua rakyat malaysia...

Pada 28-30 March 08 yang lalu saya telah menyertai sebuah workshop yang dianjurkan oleh sebuah badan NGO iaitu Middle-Eastern Graduate Center, yang mengkaji tentang isu-isu Timur Tengah.
Workshop kali ini adalah Pendidikan Politik bagi generasi muda Malaysia yang disertai 23 orang anak-anak muda yang datang dari pelbagai aliran. Tajuk pada kali ini pula adalah "Konsep Demokrasi dalam Pembinaan Negara" bertempat di Selesa Homes Resort Bukit Tinggi. Fasilitator yang mengendalikan program selama 3 hari 2 malam pula adalah Shanon Shah.
Daripada program ini pelbagai perbincangan dan kupasan mengenai konsep demokrasi dan penekanan terhadap Liberal Demokrasi. Pada masa kini masyarakat Malaysia yang di luar sana hanya mengerti Demokrasi yang di laung-laungkan oleh pemimpin, tetapi tidak dikupas dengan lebih mendalam maksudnya secara terperinci. Kalau kita perhatikan situasi di Malaysia banyak ciri-ciri demokrasi yang dicabuli sebelum ini oleh Pemerintah(BN).
Apa itu Demokrasi?
Demokrasi berasal dari bahasa Yunani Purba. Ia diasaskan oleh sejarawan bernama Herodotus pada kurun ke-5 SM. Ia digabungkan oleh dua perkataan Greek: Demos, rakyat: dan kratein, untuk memerintah dan kemudiannya membentuk istilah demokratia yang bermaksud "pemerintahan rakyat." Oleh itu demokrasi jelas sebagai suatu sitem yang melibatakan partisipasi politik dalam hubungan kemasyrakatan. Prinsip asasi demokrasi adalah kebebasan dan kesamarataan iaitu bergilir-gilir memerintah dan diperintah. Ia merupakan satu elemen dalam kebebasan. keputusan yang dicapai melalui majoriti adalah muktamad dan membentuk keadilan, namun demikian ia bukanlah "majorotarianisme" sebaliknya menjunjung tinggi prinsip majoriti.
Ciri-ciri penting demokrasi?
Menurut yang diperkatakan oleh fathi Aris Omar seorang kolumnis Malaysiakini yang menyampaikan Forum di dalam slot Forum bersama YB Amir Saari Adun Batu Caves di dalam program ini: ciri-ciri demokrasi boleh dibahagikan kepada beberapa ciri antaranya:
  1. Rakyat bebas memilih pemimpin
  2. Rakyat bebas membuat keputusan
  3. Menjamin hak Asasi manusia
  4. Participation
  5. Civil Society
  6. Separation of power
Namun terdapat lagi bebrapa ciri-ciri yang diperbincangkan oleh kami sebagai tambahan dan kerelevananya dengan situasi semasa antaranya:

  • Rakyat bebas memilih pemimpinSebagai rakyat Malaysia yang berhak mengundi dan menentukan pemimpin melalui pilihanraya berhak untuk memilih pemimpin yang mampu melaksanakan Demokrasi tanpa tekanan dan ugutan daripada mana-mana pihak.
  • Rakyat bebas membuat pilihan Rakyat berhak membuat pilihan di dalam pemilihan calon dan calon yang dipilih haruslah telus dan adil dalam melaksanakan prinsip demokrasi.
  • Hak asasi manusia haruslah terjamin dari segi kemudahan asas, makanan, hak berpolitik, kebebasan bersuara, kebebasan berorganisasi, kebebasan membantah sesuatu yang tidak dipersetukui dan sebagainya dan perlindungan daripada pihak pemerintah dan perlindungan daripada pemenjaraan sewenag-wenangnya.
  • Wujudnya sistem perundangan yang adil di mana setiap rakyat berhak mendapat layanan yang adil dan proses perundangan tidak lemah dan tergugat oleh mana-mana pihak
  • Rakyat berkuasa ke atas Pihak tentera dan bukan sebaliknya.
  • Masyarakat plural yang madani dan bersifat terbuka, termasuk media massa yang bebas
  • Setiap warganegara mempunyai peluang dan hak yang sama untuk terlibat dalam proses politik
  • Setiap warganegra mempunyai hak yang samarata dan adil
  • kebebasan dan kenuetralan mahkamah dari segi perundangan dan mengelakkan sebarang salah guna kuasa oleh pihak pemerintah.

Sistem demokrasi

  • Electoral democracy
  • Liberal democracy
  • Social democracy
  • Direct democracy

Apa itu Liberal Demokrasi?

Liberal demokrasi lebih penekanan terhadap percaya kepada kebebasan di mana kebebasan ini mempunyai keterbatasan kepada kekuasaan. Kebebasan bersuara untuk melontarkan pertanyaan dan pandangan dan menuntut hak-hak individu. Selain itu pilihanraya yang adil adalah penting di dalam liberal demokrasi. Selain daripada pilihanraya yang bebas dan adil hak-hak yang menyangkut mengenai hak-hak sosial, politik, ekonomi dan beragama juga dijamin dalam prinsip-prinsip liberal demokrasi.

Sekiranya elemen-elemen ini tidak dilaksanakan oleh pemerintah rakyat berhak menuntut dan menyuarakan pandangan dan suara kepada pemerintah. Bagi saya input dan perkongsian pandangan bersama-sama rakan-rakan yang lain banyak mendatangkan manafaat dan peluang-peluang yang hadir di dalam program ini.

Pada 8 march yang lalu kemenangan 5 negeri oleh Parti Alternatif mampu menyuburkan kembali konsep demokrasi yang digunapakai di dalam negara ini dan harapan rakyat agar negara Malaysia akan menjadi negara yang lebih baik dan adil, telus serta sistem perundangan yang lebih telus akan mendatangkan kembali kepercayaan rakyat dan negara luar yang telah di cabuli oleh pemimpin daripada BN. Rakyat mula mengharapkan sinar baru di dalam perlaksanaan pemerintahan yang baru. Kemenangan parti alternatif terhadap 5 negeri memberi impak dan tekanan terhadap BN.

Tun Dr Mahathir juga dalam kenyataannya hari ini mengatakan bahawa BN sukar untuk merampas semula negeri-negeri yang jatuh ke tangan pembangkang sekiranya pembangkang memerintah dengan lebih baik daripada BN. kenyataan Mahathir ini lebih kepada Hint serangan terhadap Pak Lah dan dari sudut lain pada saya memang benar apa yang diperkatakan oleh Tun.

Ini semua antara beberapa contoh apabila sistem Demokrasi yang telah dicabuli oleh BN dan rakyat telah menghukum BN dengan memberi undi kemenangan kepada BA dalam pilihanraya ke-12 yang lalu.