Thursday, January 29, 2009

Remaja perempuan lari bersama teman lelaki

Sekarang banyak kisah yang di paparkan tentang anak2 yang lari bersama teman lelaki warga asing. Mengapa ini terjadi? salah Ibu bapa yang mendidik atau anak yang sering memberontak mengikut kata hati?

ada beberapa perkara yang aku ingin nyatakan di sini antaranya sikap ibu bapa juga yang mungkin mempengaruhi perlakuan anak. Anak adalah kain putih yang lahir dan ibu bapa harus mencorakkan kehidupan mereka. Kadang2 ada ibu bapa yang kurang ambil berat masalah remaja. Remaja jiwa mereka sering ingin mencari identiti dan kebebasan. Bagi remaja mereka sentiasa explore perkara2 baru dan mereka sukar kadang2 membezakan antara baik dan buruk sesuatu perkara itu. Jadi peranan ibu bapa seharusnya memantau dan memberi pedoman kepada mereka kebaikan dan keburukan sesuatu perkara selagi tidak melanggari batas.
Apabila gejala yang tidak baik berlaku, masyarakat mudah menuduh remaja satu kumpulan demografi yang sering mendatangkan masalah. Aku kurang bersetuju sekiranya tuduhan di berikan terus kepada remaja sekiranya gejala sosial yang berlaku. Seharusnya galakan daripada masyarakat memberi panduan dan didikan kepada golongan remaja ini ke arah aktiviti yang lebih mempesonakan dan lebih sihat dapat di wujudkan.

Remaja pula ada beberapa masalah atau sindrom yang mereka hadapi antaranya mereka ini kadang2 lupa bahawa keterbatasan di dalam kehidupan akibat pengaruh persekitaran yang membentuk ruang fikiran dan perlakuan mereka. Kadang2 mereka mudah hanyut dengan keseronokan yang di sajikan dan ada antara golongan mereka tidak mengkaji kesan atau akibat perbuatan mereka.

Contoh di dalam kes lari mengikut kekasih dan berkahwin di seberang dengan usia yang terlalu muda dan ada kes yang terbaru aku terbaca di dalam sebuah akhbar umurnya baru 15 tahun lari mengikut teman lelaki dan telah mempunyai seorang anak, kini insaf dan mahu pulang ke pangkuan keluarga kerana kehidupannya susah di negara kelahiran suami dengan pendapatan RM6 seari.. Tidakkah mereka memikirkan dengan meminggirkan ibu bapa dalam soal kehidupan mereka yang masih remaja mendatangkan kesan emosi pada ibu bapa?

Jadi kepada remaja terutama remaja perempuan fikirlah sebelum melakukan tindakan untuk lari bersama kekasih. Gunakanlah saluran yang betul jika mahu berkahwin dan minta restu kedua ibu bapa sebelum melakukan sesuatu tindakan. Janganlah menjejaskan kerukunan sesebuah institusi kekeluargaan akibat tindakan yang membelakangkan kedua ibu bapa.

7 comments:

Anonymous said...

urmm..pendapat aku la kan..remaja yg ikut kekasih ni sebab mereka belum cukup matang untuk fikirkan nasib masa depan mereka.hanya fikir keseronokan bercinta sahaja.tidak pernah fikirkan akibat perbuatan mereka...biasa la..darah muda..hanya tau nak flirt saja..;)

molliesa said...

ikut la cakap ibu bapa..sbb nanti kalo nak kawen senang...mak bapak sanggup sponsor...kehkehkeh..

tak penat ke kawin lari ni??

Amin Ahmad said...

penat beb kawen sambil berlari! haha

afiq abdullah said...

Pewaris reformasi- mmg pent kawen smbil berlari..yg trbaik kawen sambil duduk hahakz..

mollie- Jgnla asik mengharap mak ayh sponsor, dh la study pun mrka sponsor.Nk kawen cr lah uang sndri.

manny zain- aku setuju juga pndpt cik manny. Yang terbaik brfikr sblm tindkn di ambil.

ReMyZiEy said...

lelaki lari 'mengikut' teman wanita camne ek?

afiq abdullah said...

aiya..lelaki iktu tman wanita itu pun mslh juga tu yg harus di rungkaikan..tu msti seorng laki yg mudh di perkotak katik kan oleh teman wanita..dlm erti kata lain pompuan tu dh bri nasi kangkang or queen cntrol..

Amin Ahmad said...

mungkin mereka jogging saja kot?