Thursday, April 3, 2008

Pelik dengan sikap masyarakat

Setelah kemenangan pakatan Rakyat di Selangor kini semakin ramai muka-muka baru yang dulunye penyokong kuat UMNO kini cuba menonjolkan diri dengan menunjukkan muka kepada YB baru dengan penuh sokongan. bagi aku satu petanda baik bagi mereka yang mula sedar dan menyokong penuh kepimpinan baru, tetapi saya ingin memperingatkan YB baru supaya berhati-hati dengan golongan ini dan jangan mudah terpengaruh. Mereka yang dari golongan ini ada agenda tersendiri mungkin untuk mendapatkan beberapa projek dan jawatan. Senario di Serdang ini sahaja sedang berebut untuk menduduki kerusi Ahli Majlis Tempatan. Saya ingin melihat sejauh mana mereka-mereka ini akan menyatakan sokongan. Sekiranya mereka ini tidak diberikan projek, saya percaya mereka akan memburuk-burukkan wakil rakyat dan parti. Awas, mereka ini dari kalangan UMNO sendiri yang kecewa dan berpaling tadah. Niat mereka bukan untuk memperjuangkan nasib rakyat tetapi sekadar hanya nak membolot harta sahaja.

Program sambutan kesyukuran

Pada hari ahad yang lepas setelah aku pulang dari menghadiri workshop pendidikan politik malamnya aku terus menghadiri program sambutan ucapan terima kasih pemimpin pakatan Rakyat kepada penduduk Serdang. Program ini bermula pukul 9 mlm. Pemimpin yang hadir adalah, ahli parlimen Serdang, YB Tn.Hj Yaakop Sapari, wakil kepada Gobind Sigh Deo Ahli Parlimen Puchong kerana YB Gobind dari Penang tidak sempat hadir kerana mengalami kesesakan seterusnya Cikgu Ahmad calon dari Pas yang bertanding di kawasan Adun Seri Serdang. Pada malam tersebut Setiap Jemputan VIP diberi peluang untuk menyampaikan amanat kepada penduduk. Sebelum memulakan majlis mereka telah dikalungkan bunga oleh wakil kaum India dan diselang-seli dengan laungan "Makkhal Sakti". Daripada beberapa ucapan wakil aku nampak jelas bahawa misi dan visi setiap wakil Barisan Rakyat ini yang mahu bekerja dengan ikhlas dan adil kepada semua rakyat dan bekerja bersungguh-sungguh untuk membela nasib rakyat. Saya harap YB baru yang hadir dari pakatan rakyat dapatlah mengotakan janji dan amanat yang telah diberikan dan lebih baik memimpin kawasan daripada wakil BN dahulu yang ternyata terang-terangan sombong dan bongkak dengan kuasa dan mengaut kekayaan rakyat.