Saturday, January 3, 2009

without life jacket to river crossing

Baru-baru ni aku ke Rantau Panjang untuk pergi menemankan mak shopping setelah ikan tidak mengena. Barang-barang dari sini lebih murah dari uptown or downtown. Yelar.. barang dari KL datang dari sini juga tapi bila dah sampai KL jadi mahal sedikit sebab kos pengangkutan dan minyak dari Kelantan. Hujan renyai turun, tapi niat mak..aku tetap tunaikan. Aku jadi rambang mata bila duduk di situ sebab pelbagai jenis jersi di jual dari brand cap ayam hinggalah Gred A jersi yang di jual. Walau bagaimanapun aku tidak berminat untuk sambar sehelai pun. Sebab aku dah kurang gemar pakai jersi.Setelah puas shopping aku pergi meninjau Sungai Golok, sebab nak tengok bagaimana mereka menyeberang dan menyeludup.

Kisah di Sg. Golok
Semasa aku berada tebing Sg Golok dari arah Malaysia, aku lihat pelbagai ragam orang di sini melakukan kegiatan harian. Bot mengangkut barang kelihatan ulang alik menghantar barang jualan antara Thailand dan Malaysia. Aku hairan bagaimana penguatkuasaan kita lemah di bahagian Sungai. Mereka seolah-olah tidak menghormati undang-undang kerana dengan selamba menyeludup barangan. Faktor penyebab kerana sungai itu agak panjang dan mungkin susah untuk tugas pengawalan atau penguatkuasa sudah jemu dengan kes sebegini. Tetapi bayangkanlah kerugian yang kerajaan akan hadapi. Penguatkuasaan hanya bertumpu pada jalan darat. Persoalannya adakah penguatkuasa kita tidak mencukupi untuk mengawal dan adakah rakyat kita juga tidak menghormati undang-undang? Di sisi yang lain pula kelihatan rakyat kita dan Thailand begitu mudah menyeberang sungai dan seolah-olah negara yang tiada undang-undang. Walhal tentera Thailand berada di tebing sungai dan hanya melihat mereka berurusan keluar masuk. Menurut penduduk di situ yang sudah mahir dengan selok belok kawasan tersebut..jika ingin menyeberang jangan tunggu di tebing sungai, sebab tentera mereka akan tangkap dan mereka akan sumbat di dalam penjara atau di jual. Samseng sangat berleluasa di sana. Agak gerun aku mendengarnya dan jika kita mempunyai teman atau saudara di sana lebih baik, kerana rasa agak selamat berada di seberang Thailand. Apa yang sangat membimbangkan aku adalah cara mereka menyeberang sangat merbahaya dengan menggunakan sampan berbayar RM1.00 sekali menyeberang. Merbahaya yang aku maksudkan kerana mereka tak menggunakan sebarang jaket keselamatan. Memanglah kalau di lihat sungai itu tidak lebar lebih kurang 10meter tetapi risiko terlalu tinggi. Pendayung sampan pula selamba jer..dengan tidak memakai jaket keselamatan.

Pandangan dari arah Thailand (siap ada yang berdiri lagi..)


Jangan tiru aksi ini..


Aku cukup concern tentang life jacket ni..sepanjang aku belajar ilmu outdoor dan terlibat dalam bidang outdoor..jaket keselamatan amat di titik beratkan..jika berada 5meter dari air pun mesti menggunakan life jacket even air paras lutut pun mesti memakai kerana boleh berlaku juga lemas walau air setinggi itu.. adakah mereka tidak sayangkan nyawa mereka? kalau di tanya pasti yang akan ramai menjawab "mereka sangat sayangkan nyawa." Kita sering mengambil mudah soal keselamatan, walaupun dianggap remeh bagi sesetengah individu. Berita hari ini jelas terbukti berlaku di Kuala Krai, Kelantan apabila seorang lelaki bersama rakan hendak mengambil buluh di seberang sungai. Sungai apa? aku pun tak ingat..semasa mereka hendak menyeberang pulang tiba-tiba paras air meningkat dan mereka nekad untuk menyeberang. Tetapi nasib tak menyebelahi apabila seorang rakan lemas di bawa arus deras. Sekarang ni musim hujan dan air sungai boleh meningkat bila-bila masa. Janganlah kita ambil mudah soal keselamatan. Jawapan yang sering aku dengar " nak buat macam mana, dah takdirnya mati dengan cara begitu," Ya..memang benar tetapi adakah Tuhan menyuruh kita menempa maut dengan mengabaikan keselamatan? Kesedaran masyarakat kita masih rendah dan suka mengambil mudah soal risiko. Bukan risiko di air sahaja, tetapi di darat juga terlalu banyak berlaku. Maka ramai khidmat-khidmat rakyat kita telah berkubur lebih awal..fikir-fikirkanlah...

2 comments:

snm | snm said...

afiq..senior skolah kau ni, xde water confident. amin ahmad x sempat ajar. cmne tu?
sapa nk ajar aku?

(senior sekolah kau, sekolah sblh tasik SS, tmpt aku dating dlu :P)

afiq abdullah said...

haa.. senior sekolah aku tu saper orgnyer?? owh ko sllu dating kt ctu..ceh siap bgtau dating ktner yer...