Sunday, April 20, 2008

Amin yang aku kenali




Selama aku di UPM sehingga kini dah lebih 5 tahun menuntut, aku tertarik dengan karisma seorang senior aku yang bernama saudara amin. Pertama kali aku berbual denganya bila ek?? aku pun tak ingat, tapi aku mula rapat denganya sejak 4 tahun lalu. Amin ni dah aku anggap macam abg. Pada tahun 2004 aku telah membantu dia kempen pilihanraya kampus sebagai ketua pemasangan poster khakha.. waktu itu kempen pilihanraya masih segar dengan kelantangan suara mahasiswa. Amin telah memecahkan rekod undi yang paling tertinggi tika itu lebih daripada 10ribu undi dan merupakan calon mahasiswa yang pertama mendapat undi sedemikian. Strategi yang dijana mengena ketika itu dengan pelaburan dan calon yang turun padang ketika kempen memberi undi pemikat kepada mahasiswa untuk memilih beliau.

Kini beliau banyak mendedahkan aku dengan dunia politik dan pendedahan ilmu. Aku mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Amin kerana banyak memberi pendedahan kepada aku dengan sesi-sesi diskusi bersama rakan-rakan aktivis yang lain. Daripada program-program yang aku sertai ternyata memberi perubahan pada aku untuk berfikir ke tahap yang kritikal. Setiap peluang yang beliau berikan tak pernah aku tolak untuk sertai. Pada awal sesi diskusi yang aku sertai telah membuatkan aku keliru pada mulanya. Ungkapan-ungkapan yang lahir dari diskusi membuat aku tertanya tentang kebenaran-kebenaran hidup. Aduh.. macam nak termuntah kepala otak aku. Kini serba sedikit aku mula faham tentang hidup ini. Pencerahan yang telah diberikan membuatkan keterbukaan minda aku kini. Banyak lagi aku nak kongsi tentang amin. Sori amin jika aku dedahkan hidup ko haha.. tunggu untuk kisah akan datang..

2 comments:

Amin Ahmad said...

eh, aku rasa aku lebih banyak masa dengan kau dalam outdoor berbanding politik kan?

tapi bab politik tu memang aku saja bawa korang untuk tahu kenapa dunia politik aku berbeza dan tidak seperti yang orang normal faham.

aku pernah berada dalam situasi kau dulu. alhamdulillah, banyak betul aku belajar.

afiq abdullah said...

yup memang ko banyak masa dengan aku dlm outdoor. anyway tq bebyk..heheh..