Wednesday, April 16, 2008

Dato Shabery Chik ugut Blogger

Semalam Dato Shabery Chik, Menteri Penerangan telah mengugut para Blogger atau media alternatif yang menulis berita-berita yang menghasut dan kesahihan berita tersebut. Menurut beliau "jangan ingat mereka ini akan terlepas dari undang-undang."
Ugutan ini aku percaya atas sebab punca kekalahan mereka terutama BN dan gagal mempertahankan 2/3 majoriti dalam PRU 12 yang lalu. Masyarakat hari ini telah bijak memilih bacaan dan maklumat dari media alternatif ini sebagai berita yang lebih sahih. Shabery seharusnya mengkaji kenapa rakyat sekarang beralih ke media alternatif dan puncanya. Bayangkanlah kalau dah media-media utama menulis berita-berita yang ternyata berat sebelah kepada pemerintah dan fakta pula di putar belitkan. Sebab itulah rakyat mula beralih kerana rakyat sudah tidak percaya lagi dengan berita-berita palsu Utusan dan adik beradiknya yang lain. Bayangkanlah sebahagian media di negara ini dikuasai oleh pemerintah, berita pula memualkan dan putar belit membuatkan rakyat muak dan jelik. Aku berharap para blogger jangan takut dengan ugutan ini.
Sepatutnya Shabery memahami erti demokrasi itu sendiri dari segi kebebasan media dalam sebuah negara yang mengamalkan konsep demokrasi. Aduh.. takkanlah aku nak minta Shabery pergi join worksyop pendidikan politik. Sepatutnya beliau faham konsep demokrasi. Berita-berita yang terdapat dalam media alternatif lebih banyak yang sahih daripada palsu yang diadakan oleh media-media utama negara.

No comments: