Wednesday, December 24, 2008

Demam

Sekarang bermacam demam berlaku. Demam cuti sekolah, demam dapat bonus, demam pilihanraya kecil, demam chikungunya, demam nak beli baju sekolah anak, demam anak ajak bercuti, demam nak bayar hutang perabot dan banyak lagi. Hari ini aku telah melawat pak uda(adik bongsu emak) yang demam teruk di masukkan ke dalam wad di Hospital Tawakal. Aku agak terperanjat kelmarin mendapat berita dia di masukkan ke hospital. Memang sebelum ini semasa kenduri kahwin adik dia tak berapa sihat, tapi tak sangka pula teruk jadinya. Doktor yang merawat masih belum pastikan demam apa yang di hidapi. Pada aku mungkin pak uda keletihan kerana sibuk mengemas rumah pindah dari Kelantan ke Kuala Lumpur dan kemudian ke majlis kahwin adik pula. Memang dia tak cukup rehat. Teringat tika aku di masukkan ke wad semasa abang aku nak bernikah hanya tinggal 5 hari sahaja lagi masa itu. Aku di sahkan menghidapi denggi, paling aku tak lupa abang aku jaga di hospital 1 malam. Sedih hati aku tak dapat tengok majlis perkahwinan abang di Kelantan. Selama aku sakit ayah yang menjaga aku, dan ayah juga terpaksa berkorban untuk tidak hadir ke majlis perkahwinan abang. Begitu juga perkara yang sama terjadi pada Pak Uda. Aku tengok tadi kondisi dia nampak beransur pulih, cuma kepalanya pening. buat Pak Uda moga cepat sembuh amin.... walau bagaimanapun pak uda tidak dapat pergi ke majlis kahwin adik di Kelantan. Tak ada rezeki..

1 comment:

ReMyZiEy said...

Lor ada blog rupanya :)