Wednesday, April 16, 2008

Lagi-lagi Isu Babi

Siapakah ini? (Dr Karim Mansor Adun Tg Sepat yang tidak menyokong babi di Selangor dan cuba mempolitikkan. Sedangkan beliau menyokong babi dengan tanda bagus)

Baru-baru ini seorang rakan aku telah bertanyakan soalan mengapa babi di ternak di Selangor dan tidak mengambil sensitiviti orang melayu?. Aku pelik mengapa sesetengah masyarakat cuba mempolitikkan isu ini. Pada pendapat aku isu ini tidak sepatutnya di panjangkan kerana jika kita ingin menjadi negara yang majmuk tidak boleh sekadar mementingkan satu pihak dan kaum. Rakan aku mempersoalkan "sedangkan negara Singapura dan Taiwan yang mempunyai majoriti masyarakat cina, tidak mahu membela babi dalam negara tersebut." ini kerana suara majoriti rakyat negara tersebut yang tidak mahu babi dibela dalam negara tersebut. Berbeza dengan negara kita yang mana masyarakat cina dan penternak mahu babi dibela dalam negara. Kerajaan negeri telah mengambil tindakan untuk meneruskan projek ini setelah mengkaji keberkesanan projek tersebut dan impak kepada rakyat. Kawasan itu juga memang berada dalam penempatan masyarakat di cina ladang tersebut. Kerajaan negeri telah mengambil penasihat dari Jerman untuk memberi pandangan dan kaedah yang digunapakai untuk membina kandang yang lebih mesra alam. Semalam pengerusi jawatankuasa alam sekitar, pertanian moden dan usahawan Sdra Yaakob Sapari telah mengungkapkan kenyataan bahawa "kerajaan telah mengkaji dan mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar-pakar negara luar tentang kaedah yang di gunapakai seperti , Jerman dan Australia yang telah menggunakan kaedah kandang yang lebih mesra alam." Najis-najis haiwan tersebut pula akan dikitar bagi menjana tenaga elektrik bagi kandang tersebut dan dengan kaedah moden ini penyakit JE dan Nipah tidak akan menular. Penyakit ini datang berpunca daripada kebersihan yang tidak terurus. Menurut kenyataan Yaakop lagi "jangan panjangkan isu ini lagi, dan meminta Adun Tg.Sepat supaya tidak mempolitikkan isu ini lagi," katanya. Bagi aku kita sepatutnya tidak mudah melatah dengan isu ini dan mufti sendiri mengatakan tidak ada masalah dan Islam sendiri tidak menghalang hak-hak agama dan Bangsa lain. Jika tidak membina kandang yang lebih moden, kandang yang sedia ada akan mencemarkan lagi keadaan dan kawasan. Negeri akan lebih banyak mengalami kerugian dari segi alam sekitar. Lebih baik kerajaan negeri membina kandang yang lebih baik dan moden. Aku harap isu ini akan selesai dan jangan di politikkan oleh sesetengah pihak.

Dato Shabery Chik ugut Blogger

Semalam Dato Shabery Chik, Menteri Penerangan telah mengugut para Blogger atau media alternatif yang menulis berita-berita yang menghasut dan kesahihan berita tersebut. Menurut beliau "jangan ingat mereka ini akan terlepas dari undang-undang."
Ugutan ini aku percaya atas sebab punca kekalahan mereka terutama BN dan gagal mempertahankan 2/3 majoriti dalam PRU 12 yang lalu. Masyarakat hari ini telah bijak memilih bacaan dan maklumat dari media alternatif ini sebagai berita yang lebih sahih. Shabery seharusnya mengkaji kenapa rakyat sekarang beralih ke media alternatif dan puncanya. Bayangkanlah kalau dah media-media utama menulis berita-berita yang ternyata berat sebelah kepada pemerintah dan fakta pula di putar belitkan. Sebab itulah rakyat mula beralih kerana rakyat sudah tidak percaya lagi dengan berita-berita palsu Utusan dan adik beradiknya yang lain. Bayangkanlah sebahagian media di negara ini dikuasai oleh pemerintah, berita pula memualkan dan putar belit membuatkan rakyat muak dan jelik. Aku berharap para blogger jangan takut dengan ugutan ini.
Sepatutnya Shabery memahami erti demokrasi itu sendiri dari segi kebebasan media dalam sebuah negara yang mengamalkan konsep demokrasi. Aduh.. takkanlah aku nak minta Shabery pergi join worksyop pendidikan politik. Sepatutnya beliau faham konsep demokrasi. Berita-berita yang terdapat dalam media alternatif lebih banyak yang sahih daripada palsu yang diadakan oleh media-media utama negara.

Saturday, April 12, 2008

Program bersama Alumni Asian Renaissance

Hari ini aku bersama sdra Amin dan Naim telah menyertai program makan tengahari di Equality Hotel Shah Alam bersama dengan alumni Asian Renaissance sebuah program yang di anjurkan oleh Institut Kajian Dasar (IKD) dan tetamu jemputan adalah DSAI. Program Asian Renaissance ini telah melahirkan beberapa pemimpin negara.DSAI telah memberikan beberapa amanat tentang program dan harapan beliau tentang masa depan program ini. Walau bagaimanapun kami terlewat sedikit kerana kereta amin mengalami masalah. Cabaran ini menjadi peringatan pada kami.

Final Exam

Sekarang adalah minggu Final Exam bagi aku yang menuntut di tahun ke 2 semester 4. Exam Final aku bermula pada 15 hb april ini. Persediaan sedang di lakukan. Good luck kepada semua pelajar IPTA yang sedang mengambil peperiksaan.

Friday, April 11, 2008

Perhimpunan Black 14

Perhimpunan Black 14 akan diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Darul Ehsan bersempena dengan pembebasan DSAI dalam Kancah politik perdana dan countdown black 14 akan diadakan bagi memperingati perjuangan rakyat. Semua rakyat di jemput hadir bagi mengimarahkan majlis.
Tarikh : 14 April 2008Masa
: 8.45 malam
Tempat : Kelab Sultan Sulaiman Kg. Baru,Kuala Lumpur

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan sulung perdana selepas pilihanraya selain dari ucapan pimpinan utama Pakatan Rakyat mengimbau kenangan perjuangan rakyat. Tayangan video khas dari black14 ke arah kemenangan rakyat dan pameran khas turut diadakan.

Monday, April 7, 2008

Aku dan Rekreasi

Bermulanya aku sebagai pelajar di UPM ketika umur 18 tahun mengambil Diploma Perhutanan 2003-2005. Kemudian aku melanjutkan pelajaran ke Ijazah Sarjana Muda Sains Perhutanan 2006- now. Aku mengambil minor pengurusan pengguna dan khidmat rekreasi. Minat aku terhadap bidang ini oleh kerana bidang ini semakin berkembang di dalam Malaysia dan tugas aku selaku penawar khidmat rekreasi kepada masyarakat bagi memenuhi kehendak dan kepuasan pengguna.
Bidang rekreasi kalau kita lihat pada persepsi masyarakat ia lebih tertumpu kepada aktiviti lasak tetapi itu adalah sebahagian. Dalam rekreasi ia meliputi pendidikan, pelancongan, sukan, komunikasi, Therapy, Environmental education, Konservasi, outdoor learning dan banyak lagi. Masyarakat hari ini mula sedar kepentingan berekreasi ketika waktu lapang bersama keluarga. Senario ini mula berkembang pada abad ke-21. Tekanan kerja seharian membuatkan orang ramai perlu merehatkan diri dan menjalankan proses terapi bagi memulihkan kesegaran minda. emosi yang stabil, psikologi yang stabil dan kesihatan fizikal. Pada masa sekarang banyak kawasan-kawasan atau pusat rekreasi yang telah di buka bagi memenuhi kepuasan masyarakat samaada indoor atau outdoor. Ini satu perkembangan yang sihat dan persaingan yang wujud akan membolehkan orang ramai memilih tempat-tempat yang menawarkan pakej percutian yang menarik. Persaingan pasaran terbuka ini akan mewujudkan daya saing yang tinggi kepada semua pengusaha produk pelancongan. Dalam perniagaan rekreasi ini bukan setiap masa akan mendapat pelanggan, kerana perniagaan rekreasi ia bermusim.
Saya menyokong penuh kepada usahawan yang ingin melibatkan diri dalam perniagaan ini bagi bersama-sama memeriahkan lagi industri ini, pasaran terbuka dan liberal akan mewujudkan persaingan yang baik dan kualiti rekreasi dalam negara juga akan meningkat dan menguntungkan bukan sahaja penawar produk tetapi juga pengguna.

Thursday, April 3, 2008

Pelik dengan sikap masyarakat

Setelah kemenangan pakatan Rakyat di Selangor kini semakin ramai muka-muka baru yang dulunye penyokong kuat UMNO kini cuba menonjolkan diri dengan menunjukkan muka kepada YB baru dengan penuh sokongan. bagi aku satu petanda baik bagi mereka yang mula sedar dan menyokong penuh kepimpinan baru, tetapi saya ingin memperingatkan YB baru supaya berhati-hati dengan golongan ini dan jangan mudah terpengaruh. Mereka yang dari golongan ini ada agenda tersendiri mungkin untuk mendapatkan beberapa projek dan jawatan. Senario di Serdang ini sahaja sedang berebut untuk menduduki kerusi Ahli Majlis Tempatan. Saya ingin melihat sejauh mana mereka-mereka ini akan menyatakan sokongan. Sekiranya mereka ini tidak diberikan projek, saya percaya mereka akan memburuk-burukkan wakil rakyat dan parti. Awas, mereka ini dari kalangan UMNO sendiri yang kecewa dan berpaling tadah. Niat mereka bukan untuk memperjuangkan nasib rakyat tetapi sekadar hanya nak membolot harta sahaja.

Program sambutan kesyukuran

Pada hari ahad yang lepas setelah aku pulang dari menghadiri workshop pendidikan politik malamnya aku terus menghadiri program sambutan ucapan terima kasih pemimpin pakatan Rakyat kepada penduduk Serdang. Program ini bermula pukul 9 mlm. Pemimpin yang hadir adalah, ahli parlimen Serdang, YB Tn.Hj Yaakop Sapari, wakil kepada Gobind Sigh Deo Ahli Parlimen Puchong kerana YB Gobind dari Penang tidak sempat hadir kerana mengalami kesesakan seterusnya Cikgu Ahmad calon dari Pas yang bertanding di kawasan Adun Seri Serdang. Pada malam tersebut Setiap Jemputan VIP diberi peluang untuk menyampaikan amanat kepada penduduk. Sebelum memulakan majlis mereka telah dikalungkan bunga oleh wakil kaum India dan diselang-seli dengan laungan "Makkhal Sakti". Daripada beberapa ucapan wakil aku nampak jelas bahawa misi dan visi setiap wakil Barisan Rakyat ini yang mahu bekerja dengan ikhlas dan adil kepada semua rakyat dan bekerja bersungguh-sungguh untuk membela nasib rakyat. Saya harap YB baru yang hadir dari pakatan rakyat dapatlah mengotakan janji dan amanat yang telah diberikan dan lebih baik memimpin kawasan daripada wakil BN dahulu yang ternyata terang-terangan sombong dan bongkak dengan kuasa dan mengaut kekayaan rakyat.

Wednesday, April 2, 2008

Samy cuba prihatin terhadap pemimpin Hindraf

kelmarin Samy Vellu telah mngeluarkan kenyataan bahawa mendesak kerajaan membebaskan tahanan-tahanan Hindraf. Menurut beliau desakan tersebut adalah kerana 2 daripada tahanan terbabit sedang menghadapi masalah. Seorang mengalami sakit yang kronik manakala seorang lagi iaitu M.Manoharan merupakan wakil rakyat pada masa sekrang. Pada pendapat saya desakan Samy ini amat memeranjatkan seperti yang kita tahu sebelum ini Samy tidak pernah menghiraukan permintaan masyarakat India yang mahukan pemimpin ini dibebaskan. Ini mungkin satu tindakan bagi meraih semula keyakinan masyarakat india untuk menyokongnya dan MIC setelah Samy tumbang di kawasannya sendiri. Sejarah besar telah berlaku terhadapa Samy dan MIC sendiri. Tetapi dalam kenyataan Menteri Keselamatan dalam Negeri yang baru Dato Seri Hamid Albar berkeras supaya pemimpin Hindraf tersebut tidak akan dibebaskan kerana mereka ini sangat merbahaya kepada Negra dan mengancam. ISA seperti mana yang kita tahu ia tidak melambangkan Demokrasi terhadap rakyat, kerana menhan tanpa bicara merupakan mencabuli sistem demokrasi. Kita mendesak supaya ISA di hapuskan kelak. Berbalik kepada Samy sori la... U sudah kalah baru mahu mendesak bebaskan pemimpin Hindraf.

Pasir oh pasir..

Baru-baru ini aku telah pergi ke Felda Gedangsa yang terletak di dalam kawasan Ulu Selangor. dalam perjalanan masuk ke dalam kawasan Felda aku melihat deretan Lori treler yang membawa pasir keluar melalui kawasan Felda tersebut. Lalu aku interview penduduk kampung di kawsan tersebut. Menurut penduduk kampung lagi "pasir yang dibawa adalah datangnya dari kawasan negeri Perak, dan membawa keluar melalui kawasan negeri selangor." Menurut penduduk itu lagi " projek tersebut dikuasai oleh menantu Pak Lah sendiri." mereka mengambil pasir dan keluar melalui highway Plus terus ke Kuala Lumpur. penduduk amat marah sehinggakan kawasan Hulu Selangor jatuh ke tangan Pembangkang yang sebelum ini di kuasai oleh G Palanivel. kesan dari projek ini menyebabkan: 1) Jalanraya di kawasan kampung tersebut banyak yang rosak dan musnah. 2) mengancam nyawa penduduk dan anak-anak kecil yang bermain di kawasan kampung. Segelintir penduduk kampung pernah menghalang pemandu-pemandu lori keluar melalui jalan tersebut sehinggakan pemandu lori tidak berani lagi untuk keluar memandu membawa pasir secara individu. maka kini mereka akan keluar secara konvoi. Lewat petang tika saya keluar dari kampung, saya dapat melihat kelibat lori pasir yang berhenti di tepi simpang. Saya menjadi musykil, tidak lama kemudian saya dapat melihat satu Pajero kerajaan berwarna biru masuk berlambangkan JPJ dipercayai untuk mengutip hasil untuk diberi makan pada anak dan isteri mereka. Saya kurang pasti adakah projek mengambil pasir ini berlesen atau tidak. saya berharap YB baru di kawasan tersebut dari pembangkang mengambil tindakan kerana penduduk sudah tidak tahan lagi dengan kerakusan sang pemimpin yang merompak harta rakyat tanpa kebenaran.