Wednesday, February 11, 2009

Tidak berapa sihat

Semalam dan arini aku xbrapa sihat memandangkan cuaca kurang baik..aku demam,selsema,batuk n pelbagailar.. ptg tadi aku jumpa dengan supervisor En Sham Shor Nahar tuk brtanya kabar n dia mahu aku siapkan writing sehingga chapter 3 thesis secepat mungkin..so no time tuk main2 lagi..aku kena cari maklumat cepat..aku dah mula writing n Insyaallah aku akan siapkn cepat..skang kepala aku ngah pening selepas menelan ubat..nampak tidak COOL aku 2 or 3 arini..

Wednesday, February 4, 2009

Nizar bidas Najib

komen terbaru dari YAB Datuk Seri Nizar Jamaludin dari Malaysia kini mengatakan tiada sebab untuk beliau meletakkan jawatan sepertimana yang disarankan oleh Dato Seri Najib Tun Razak selagi Sultan tidak memperkenankan pembubaran dewan undangan negeri.

Beliau meminta undi tidak percaya terhadapnya untuk memaksa beliau meletakkan jawatan.
Beliau yang berucap pada sidang akhbar di kediaman rasminya di Ipoh malam tadi. Saranan Najib itu juga tidak terkandung di dalam perlembagaan di dalam negeri Perak.

Menurut perlembagaan Perak, kata Mohd Nizar, Pakatan masih merupakan sebuah kerajaan yang sah kecuali dewan undangan negeri bersidang untuk meluluskan undi tidak percaya atau jika kerajaan Pakatan meletak jawatan.

Beliau juga membidas Najib kerana cuba mengambil alih kuasa secara tidak sah.

Sebaliknya Najib cuba menakut-nakutkan rakyat dan melakukan sesuatu tanpa menghormati perlembagaan.



Butiran lanjut klik disini

Tuesday, February 3, 2009

nape sukar tuk tido malam?

hai..nape la aku susah nk tido mlm skang..inilah penangan tenet yg uat aku xtido mlm.. Aku baru pas layan entri tukar tiub. agak kelakarla bila die tduh UMNO juga zionis dan dia ulas berita hairan n utusan meloya. Dasyat gak 1 ari dkt 6 or 7 entri uat ulasan. Agak kental tukar tiub nih..

Tadi supervisor aku call tanya lama menghilang dari faculty..aku busy ckit dgn urusan company dan fuad jumpa aku siang tadi bising pada aku..hurmm...jumaat ni aku nk uat site visit..so aku kena siapkan pelbagai dokumen sblum pergi..

Saturday, January 31, 2009

Global Warming

kemasukan ku arini nak kempen sedikit tentang kepanasan global dunia arini yang semakin meruncing. Tatkala pembangunan dan industri semakin berkembang seiring dengan peningkatan suhu dunia yang semakin parah. Peningkatan Carbon dioxide CO2, aerosol, gelombang, CFC, pembaziran sumber elektrik, kebakaran plastik yang menghasilkan gas methane seterusnya terampai di udara yang telah menipiskan lapisan ozon dan menyebabkan peningkatan sinaran Ultra Violet yang menyebabkan rangsangan terhadap kulit yang boleh menyebabkan kanser terhadap kulit dan perlindungan uv terpaksa di ambil kini oleh manusia.



peningkatan CO2 yang terhasil daripada asap kenderaan, kilang dan isi rumah dan terampai ke udara mengakibatkan lapisan ozon semakin menipis. Dunia yang semakin berkembang dan maju akan mengakibatkan sumber bumi juga semakin terhakis dan ini antara punca bumi kini semakin panas. Akibat kerakusan manusia yang mengorek hasil bumi dan tidak terancang mengakibatkan suhu semakin panas.

banyak kesan yang berlaku antaranya kutub Utara dan selatan semakin teruk berlakunya pencairan ais dan air laut semakin meningkat. Kita tidak boleh mengharapkan kerajaan semata-mata bagi menjalankan kawalan kerosakan tetapi kita harus bersama-sama bertanggungjawab untuk memastikan bumi ini tidak lagi bertambah parah akibat kerakusan kita. Gunung2 di Malaysia kini, pokok dari spesis Bonsai semakin meningkat ketinggiannya di puncak akibat kelembapan udara yang semakin menipis. Ini antara indicator yang dapat di lihat dengan mata kasar.

Antara kaedah dan tindakan yang kita boleh ambil adlh dgn mengurangkan penggunaan plastik pembalut dan meningkatkan penggunaan pembalut makanan dari kertas dan harus dikitar semula, penggunaan Bio-diesel dan ethanol atau minyak dari jenis minyak tanah yang lebih selamat berbanding petrol pada masa akn datang, mengurangkan cahaya yang terang dari monitor komputer, matikan suis komputer apabila tidak di gunakan, matikan elektrik jika tidak di gunakan, elakkan dari membeli produk dr plastic dan yang menggunakan styroform, periksa kenderaan sentiasa supaya tidak berlaku kebocoran, gunakan kaca dari warna hijau bagi mengurangkan cahaya yang terang, bina perumahan dengan kualiti alam sekitar yang natural dan mapan, gunakan kenderaan dari jenis Hybrid, sentiasa memastikan alingment tayar dlm keadaan baik, berkongsi kenderaan, jgn memakan haiwan dr spesis endangered, mengurangkan penggunaan air cond.

memang kalo dilihat daripada kaedah yang diambil di atas seolah-olh menyekat hak dan kebebasn individu, tp berwaspadalah dengan penggunaan bahan2 tersebut demi memastikan bumi ini segar dan bagi tatapan generasi akan dtg. Banyakkanlah melibatkan diri dengan persatuan seperti NGO yg Concern ttg Alam Sekitar. Sekian..

Thursday, January 29, 2009

Remaja perempuan lari bersama teman lelaki

Sekarang banyak kisah yang di paparkan tentang anak2 yang lari bersama teman lelaki warga asing. Mengapa ini terjadi? salah Ibu bapa yang mendidik atau anak yang sering memberontak mengikut kata hati?

ada beberapa perkara yang aku ingin nyatakan di sini antaranya sikap ibu bapa juga yang mungkin mempengaruhi perlakuan anak. Anak adalah kain putih yang lahir dan ibu bapa harus mencorakkan kehidupan mereka. Kadang2 ada ibu bapa yang kurang ambil berat masalah remaja. Remaja jiwa mereka sering ingin mencari identiti dan kebebasan. Bagi remaja mereka sentiasa explore perkara2 baru dan mereka sukar kadang2 membezakan antara baik dan buruk sesuatu perkara itu. Jadi peranan ibu bapa seharusnya memantau dan memberi pedoman kepada mereka kebaikan dan keburukan sesuatu perkara selagi tidak melanggari batas.
Apabila gejala yang tidak baik berlaku, masyarakat mudah menuduh remaja satu kumpulan demografi yang sering mendatangkan masalah. Aku kurang bersetuju sekiranya tuduhan di berikan terus kepada remaja sekiranya gejala sosial yang berlaku. Seharusnya galakan daripada masyarakat memberi panduan dan didikan kepada golongan remaja ini ke arah aktiviti yang lebih mempesonakan dan lebih sihat dapat di wujudkan.

Remaja pula ada beberapa masalah atau sindrom yang mereka hadapi antaranya mereka ini kadang2 lupa bahawa keterbatasan di dalam kehidupan akibat pengaruh persekitaran yang membentuk ruang fikiran dan perlakuan mereka. Kadang2 mereka mudah hanyut dengan keseronokan yang di sajikan dan ada antara golongan mereka tidak mengkaji kesan atau akibat perbuatan mereka.

Contoh di dalam kes lari mengikut kekasih dan berkahwin di seberang dengan usia yang terlalu muda dan ada kes yang terbaru aku terbaca di dalam sebuah akhbar umurnya baru 15 tahun lari mengikut teman lelaki dan telah mempunyai seorang anak, kini insaf dan mahu pulang ke pangkuan keluarga kerana kehidupannya susah di negara kelahiran suami dengan pendapatan RM6 seari.. Tidakkah mereka memikirkan dengan meminggirkan ibu bapa dalam soal kehidupan mereka yang masih remaja mendatangkan kesan emosi pada ibu bapa?

Jadi kepada remaja terutama remaja perempuan fikirlah sebelum melakukan tindakan untuk lari bersama kekasih. Gunakanlah saluran yang betul jika mahu berkahwin dan minta restu kedua ibu bapa sebelum melakukan sesuatu tindakan. Janganlah menjejaskan kerukunan sesebuah institusi kekeluargaan akibat tindakan yang membelakangkan kedua ibu bapa.

Saturday, January 24, 2009

Kompang

Hari ini aku nk share entri ttg kompang.. Aku agak lama terlibat dengan kompang. Aku mula bermain alat kompang tika umur 12 tahun dan dgn duit kompang juga aku dpt duit poket blanje sekolah dan beli barang yang aku berkenan..side income beb.. dan aku mula kurangkan tika menginjak msuk ke Universiti. Kompang sangat unik ia berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab. . Mulanya aku join persatuan kompang kwsn perumahn aku. Jurulatih aku iaitu Pak Atan tenaga pengajar bagi kump kompang UPM. Aku beljar kompang dari Johor dan kompang juga ada gerak tarinya.. merata kwsn aku jelajah bermain kompang.Di Malaysia mempunyai satu persatuan yang besar dlm permainan kompang dan ada juga menganjurkan tournament gerak tari dan bunyian kompang. Kompang ada juga bunyian Hadra dan ia lbih unik pukulan bunyiannya dgn lagu Arabnya.

Kulit Kompang di buat dgn kulit kambing dan Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Untuk menegangkan kompang ia perlu dijemur untuk mendapatkan bunyian yang nyaring. Ukur lilit biasanya 14-16 inci. Kompang ini biasanya di main dengan sebelah tangan memegang kompang dan sebelah lagi memukul kompang. Bunyian variasi akan dihasilkan melalui 3 rentak yang aku belajar.

1. Rentak menalu- ketukannya satu persatu
2. Menyelang- Selangan pukulan dari menalu
3. Menganak- Pukulan yang lebih laju dan menyedapkan rentak

pukulannya pula ada kiraan..kalau aku nk tulis panjang rentaknya..mcm cord lagu la lbh kurang..Kompang biasanya di main pada majlis perarakan, perkahwinan. Spnjg aku terlibat da berapa banyak tmpt aku main pun..aku xigt..Di hotel,dewan, majlis kahwin. Dulu aku antara penggerak kompang di kawasan Taman perumahan dan sekarang adik2 cilik kawasan perumahan aku meneruskan tradisi dan semakin menarik variasi bunyi yang mereka mainkan dengan membeli gendang Jendul.Semakin tinggi permintaan mereka. Aku juga pernah membantu mengajar kompang di UPM, Bangi dan di Beranang. Sekarang aku agak gian kerana dah lama xmukul kompang. Di sekolah Menengah aku antara penggerak kompang dan Nasyid sekarang aku xtau apa perkembangan Sekolah. Aku sentiasa berbincang dengan Pn Fauziah guru English dan Beliau mmg minat kebudayaan tika itu. Tika dlm kelas english mmg dia garang dan sllu jadi mangsa kena mrh aku lar..Bila di luar ckup baik lyn aku..thanx cikgu..bler agaknya aku dpt ketemu guru lama sekolah aku..hrmm..masa xizinkan aku.

Kompang



berbalik pd Kompang..kompang ckup terkenal di Johor dan Perak satu ketika dlu. Di negeri ini ramai pemain kompang yang mahir. Kompang akan diserikan pula dgn lagu maulud, lagu Selawat dan kalo kenduri kahwin ia akan di serikan dengan nyanyian majlis kahwin. Pakaian pula akan nampak seri jika di pakai sedondon dan diketuai oleh seorang Tekong. Dulu masa aku training pukulan di selang seli dgn gerakan dan tarian silat. Sungguh menarik..sayang aku xrecord kan waktu itu. Kadang2 aku xbleh dgr pukulan dan terlalu asyik sbb kdg2 aku boleh naik syeikh org kata.. aku mmg akan khayal dgn pukulan kompang dan xsedar bermain dgn pelbagai lagu terus menerus. Banyak kali brlaku begitu..aku amat taksub dgn bunyian kompang satu tika dlu..kompang pecah xusah cakapla..banyak gak kompang UPM aku dah rosakkan khaha...sowi la waktu tu aku n the geng yang banyak jahanamkan..sekian..

Friday, January 23, 2009

Apo yg menarik di N9.

Negeri 9 torkonal dgn adat perpatih. Ibu bapa aku berasal dr nogori ini.. Ibu dr Seri Menanti, ayah Kg Juasseh. Dulu aku rajin balik ke kg kelahiran Ibu bapa. Tapi sejak arwah atuk aku meninggal Wan (nenek) gelaran org N9 tinggl di umah adik bradik ayah aku, maka aku jarang balik. N9 terkenal dgn suku. Suku ini bermksud mcm keturunan salasilah. Sebelah mak aku suku Selemak Pahang manakala ayah tanah datar. Ada sape2 satu suku ngan aku bgtau..tkut ternikah lak sama suku hahakz.. Apa yang aku faham suku kita cenderung ke arah emak. Kalo di ikutkn adat xbole kahwin sesama suku. Tp bagi aku ikut logik akal sebab tak bole kawen sesama adat, ini bagi memastikan keturunan itu terus brkembang..

Berkenaan harta pula di N9 tanah pusaka hanya di berikan kpd anak pompuan. Ini bagi menjamin kehidupn anak pompuan..bertuah anak pompuan N9..sapa2 nk kawen carilar pompuan N9 byk harto..hehek.. anak lelaki kenalar merantau kumpul harta sndri.

Tok Undang ni paling berkuasa menentukan adat2 di N9. Terdpt 5 Undang di N9

1. Undang Luak Jempol
2. Luak Rembau
3. Luak Johol
4. Luak Jelebu
5. Luak Tampin

Undang juga berkuasa menentukan siapa yang layak diangkat menjadi Yam Tuan Besar N9. Baru-baru ini anda dapat lihat bagaimana Undang bersidang menentukan Yam Tuan Besar selepas kemangkatan Almarhum Tunku Jaafar.


N9 terkenal dengan masakan rondang(rendang). Kalau tak tahan pedas jgn cuba2 melantak banyak. Takut nnt cari air 1 jug. Cili api kampung di letak dekat sekilo. Fuh jgn memain..aku pernah cari air se jug woo...Tp rendang N9 mmg sodap wlpn pedas penuh dgn lemak. Cara rendang di masak mrk akan masakkn santan dahulu sehingga jd tahi minyak. pastu baru di letak ayam atau daging. Time raya aku mmg suka makan rendang dengan lomang. N9 juga terkenal dgn masak gulai lomak cili api..ado yang panggil masak lomak kuning sobab kuah wrna kuning di campur dgn santan, serai, serbuk kunyit sebagai bhn asasnya.

Senaling- Senaling terkenal dgn janda. Aku pun xtau bagaimana dpt jolokan janda banyak di sini. boleh sesapa bgtau kisah sebenar. Ada pantun gak tuk janda di senaling ni..

Kalo nak tau podeh eh lado,
Di tumbuk-tumbuk di giling-giling,
Kalo nak tau banyak eh jando,
Kuala Pilah jln Senaling.

Haa.. tu la pantun yang aku belajar dri En. Abbas Lab Assistan faculty aku..

Seri Menanti- di sini terkenal dengan kawasan DiRaja, di sini lah Istana Seri Menanti berada dan tempat bersejarah Istana Lama Seri Menanti. Elemen sejarah minangkabau yang datang dari Sumatera terdapat di sini. Terkenal dengan simbol korbau dan uniknya bumbung Istana mengambil rekabentuk umah Minang. Raja Melewar dahulu menjadi Yam Tuan Besar pertama membuka kawasan Diraja di sini. Datanglah lar ke sana.


Istana lama Seri Menanti

Ulu bendul - Terkenal dengan hutan lipur dan Gunung Angsi. Gunung Angsi ini merupakan laluan crossing Yam Tuan Besar dahulu untuk ke Rembau, Jelebu bagi melawat kawasan, urusan tugas dan sbgainya. Kawasan yang popular pada masa sekarang laluan antara Senawang-Kuala Pilah. Kawasan ini menjadi tumpuan pelancong Istirihat, mendaki gunung dan beriadah bersama keluarga.

Port dickson- Terkenal sebagai pantai percutian yang menarik dan di sini terdapat kem Tentera darat dan pusat latihan Tentera. Datangla ke sini nnti..

Tempat-tempat menarik lagi seperti:

1. Rumah Pendita Zaaba di Kuala Pilah
2. Jeram Toi Jelebu
3. Gunung Datuk Rembau
4.Gunung Tampin, Tampin
5. Nilai 3 pusat barangan borong di Nilai.

Bahasa yang aku tahu

1. Den- aku
2. Jando- Janda
3. Dapek- Dapat
4. Neo- Kelapa
5. Borgheh- Beras
6. Minam- Minum
7. kensal- Tuala
8. baruh- pinggir umah
9. Juo- juga
10.Ondak- hendak
11. Lomak- lemak
12. botuah-bertuah
13. Palo- Kepala
14. Sosah- Belasah
15. Terkonang- terkenang
16. Membarah- Buang air besar
17. Koncing-kencing
18. Berkopok- Lebih kurang banyak or penuh.
19. Bonci-benci
20. Torkonal-terkenal

Ada lagi ayat-ayat yang lain..kalo aku ingat nnti aku upload kan. Itulah serba sikit keunikan, budaya, bahasa, Adat yang boleh aku kongsi uat mse nih..aku pn da pnt..nnti ader masa aku msukkn entri lg ttg story N9.




Thursday, January 22, 2009

Riwayat hidup Wak Sakor..

Hari ini aku keluar dgn Ayah lepak kt kedai mamak Maulana, mmg port lepak top di Serdang..lalu terserempak dgn Wak Sakor. Kami jmput lepak sama2 duk minum.. Wak Sakor ni dari lagak gayanya nampak sihat dan tegap wlaupn umurnya mnjangkau 60-an. Wak ini orngnya jujur bila brckp..tak reti nk corner2 ayat..ini 1st time aku dpt borak dgnnya.. sbb sblm ini aku biasa lihat gelagat orngnya shja bw moto Jipang warna hitam. Dlu Wak ni krja di MARDI Serdang sbgai buruh tetap. Tinggl di Serdang Jaya jiran dgn perumahn aku.. Asal Wak dr Tg. Karang. Kalo dr Tg. Karang sape lagi kalo bkn aslnya Jawa. Aku puji sikap org Jawa ni xreti erti penat dan kuat bkrja. Cth mcm fmly mak angkt aku.. ckup kuat bkrja..

Ayah aku brtnya kn ttg khidupn wak..lalu wak pn mula kn bicaranya..wak aslnya dlu org susah, khdupn bertani. Sekolah setakat darjah 6. Sekolah menengah tidak ada di Tg Karang tika itu.. Kalo ada pun sekolah Ugama. Sekolah Ugama bermula pg hingga tengahari dan petang wak bersama rakan berkebun mengerjakan tanah 4ekar. sehari gajinya RM 20 di bahagi dgn 4 orang kwnyer..1 hari wak menyatakan hasratnya untuk menyambung pengajian ke sekolah menengah..tp abgnya mengeluarkan kenyataan.." Kau nak sekolah, berapa ribu lar duit yang ko ada nak ke sekolah." Wak ada 13orang adik beradik. Enam orang adik beradiknya telah meninggal dan tingal 7 orang..Dia hndk sekolah tp ayah dan emaknya brcerai tika umurnya 3 tahun.. tanah ada.. tp arwah ayahnya brpesan " Siapa yang rajin usahakan tanah, dia lah yang layak terima tanah tersebut," wah..aneh sekali cara pengagihannya.. sudah semestinya wak tercicir sebab dia mempunyai abang yang telah mula usahakan.. tp tak mengapalah..wak pun mengambil kputusan untuk bkrja kerana sikap abgnya yg menidakkan usahanya.. Lalu pd umo nyer 23 tahun wak bersumpah untuk merantau dan brjanji akan mendidik anaknya ke menara gading.

Wak bekerja di Ladang Mardi tika itu..gajinya sehari RM 4. Sebulan adalah dlm RM96. Semasa bekerja di Mardi, dia aktif dalam persatuan pekerja dan agak rapat dengan pegawai atasannya dan ada di kalangan title Dr. Semasa di dlm organisasi dan persatuan wak mengambil peluang untuk mendekati pegawainya dan meminta khidmat nasihat pegawainya bagaimana cara terbaik untuk mendidik anak dan memberi pelajaran..kerana wak tak mahu anaknya menjdi sepertinya yang ssh tuk belajar dlu..Wak mengimpikan anak-anaknya brjya sprti pegawainya..Wak tak malu tuk mendekti dan bertanya. Wak brkrja kuat dan buat overtime hari sabtu dan ahad bagi memastikan anak-anaknya berjya dlm pljrn..kdg2 tuk mengelakkan anak-anaknya melepak dan bercampur gaul dengan budak-budak nakal.. Di kawasan Serdang Jaya ni antara kawasan black Area kerana pelbagai masalah sosial brlaku di klgn remaja kawasan ini. Jadi wak amat takut anak-anaknya bercampur dgn kumpuln yang tak baik.. wak bawa mrka ke tempat krja dan di sebalik itu dapat melihat kesusahan ayahnya mencari rezeki. Wak bekerja sapu sampah dan berkebun antaranya..

Wak ada 5 orang anak.. lalu anak yang sulung berjaya membuktikan kepada ayahnya ke menara gading dalam bidang Sains Komputer dan sekarang anaknya bekerja di PETRONAS KLCC. Wak berpesan penuh pada anak sulungnya bahawa "kau mesti buktikan pada adik-adik, dan menjadi pelopor untuk adik mengikut jejak." lalu anak ke-2 nya juga mengikut jejak abangnya.. dan di ekori anak perempuannya sekarang berada di UIA dan UPM. Dari nada wak bersembang menunjukkan dia amat berpuas hati dengan kejayaan anak-anaknyer dengan pemberian harta pelajaran. Aku teringat kata-kata ayah yang berpesan "ayah xder harta wang ringgit dan kebendaan nk bri, tp ayah ada harta pelajaran yang boleh di beri," pada aku..setelah mendengar ungkapan tersebut..aku menjadi tersentap dan dari riak wajah ayah dia amat memberikan harapan pada anak.. begitu juga wak.. sekarang wak gembira dengan kejayaan anak-anaknya. Bila wak balik di Kampung..dia di puji kerana berjaya membiayai anak-anaknya belajar ke menra gading. Arwah abgnya pula tika itu mengeluarkan seakan-akan nada kesal dan malu.. wak juga boleh berbangga dengan kejayaan anak-anaknya. Tahniah buat wak Sakor..

Cerita ini bukan untuk berbangga diri dan menyinggung perasaan mana-mana pihak..tetapi lebih kepada peringatan dan penghayatan kita sebagai manusia.. di mana dengan ilmu kita akan maju di dalam institusi masyarkat. Tidak rugi jika kita ingin sentiasa belajar dan berilmu.

Lupakan lah aktiviti yang tidak bermoral dan carilah ilmu selagi masih ada umur.. penghayatan ilmu dpt membawa kita lebih jauh sudut pandang kita demi melihat negara Malaysia dan masyarakatnya seimbang antara ilmu dunia akhirat dan Kerohanian.. lupakan aktiviti yang tidak sihat.. Moga Wak Sakor di murahkan rezki..thanx wak sakor kerana sudi berkongsi kisahnya dengan jujur..

Wednesday, January 21, 2009

Hitam

Mengapa Hitam

Hitam itu menjijikkan
betul kah?

Hitam itu nampak kotor
hitam itu tak sempurna,
hitam sering di kaitkan dengan yang negatif,
Hitam tak nampak menyerlah,


Air hitam tak bersih,
berdaki warna hitam,
Mendung hitam cuaca tak baik,
rim tayar chrome jadi hitam kotor,
Kasut sekolah hitam nampak jijik,

Bantal peluk hitam lama tak basuh,
Muka kena minyak hitam jijik,
Sungai hitam kotor,
Karam singh Walia Kulit hitam berang,

Makanan hangus nampak hitam,
Buntut kuali hangus nampak hitam,
Buntut periuk hitam sebab tak cuci,
Burung gagak ditembak sebab buruk dan hitam,


Yang terbaik Hitam kali ini..

Kulit hitam ada maruah,
kulit hitam sekarang hebat,
Kulit hitam sekarang sudah berilmu dan maju,
Kulit hitam sudah mampu menakluk Dunia,
Kulit hitam bukan di tindas,
Kulit hitam seperti aku bukan sebarangan
Obama's telah buktikan kepada dunia bahawa kulit hitam hebat..
Tahniah..buat Obama, pemimpin kulit hitam yang hebat.



Barack Obama

Monday, January 19, 2009

Sepintas lalu Akademi Merdeka..

!6-18 January 2009
Tempat: Hotel Residence, UNITEN, Bangi
Tajuk: Globalisasi, pasaran bebas dan negara membangun.

Aku baru balik dari akademi Merdeka..sebuah organisasi yang di asas kan bagi membicara soal-soal isu dan idea platform pendidikan dan perkongsian idea-idea libertarian terutamanya mengenai konsep individu merdeka, pasaran bebas, kerajaan terhad dan kedaulatan undang-undang. Aku amat teruja dengan paper yang di bentangkan mengenai Pasaran bebas dan terbuka..tertarik nya aku pergi kerana ingin menelusuri ilmu yang terdapat dlm seminar ini dan berkongsi idea mengenai Liberal demokrasi. Beberapa pembentang yang hadir tidak menghampakan seperti Mr Barun Mitra dari Liberty Institute, India, Xing Yuan Feng dari Cathay Institute of public Affairs, China, Prof. Julian Morris dari International Policy Network, U.K dan Alec van Gelder dari International Policy network. Tahniah buat para peserta yang telah di liberalkan pemikiran mereka..thanx kepada Malaysia Thin tank kerana memberi peluang dan Pak Khalid yang banyak mengajar dan dorongan kepada kami. Jumpa lagi next program.


Presenter Alec van Gelder

Pasaran buku Liberal




Thursday, January 15, 2009

Announcement Eiger produk..




Arini yoe telah pergi mencari kedai yang menjual barang-barang outdoor berjenama Eiger yang dibuat di Indonesia. Barangan ini antara kualiti yang baik dan harga yang berpatutan. Jika anda berminat boleh cari di Pertama Kompleks KL sebelah Kompleks Sogo.


Tetapi buat masa ini barang masih belum banyak lagi di bawa dan bulan Februari ini barang akan lebih banyak lagi di masukkan. Antara barang yang dipasarkan adalah:

  • Haversack
  • Daypack bag
  • Sandal
  • Hat
  • Shoes
  • Tent
  • Hydropack system
  • waist bag
  • Drybag
Dan banyak lagi produk yang boleh di dapatkan di sana..

Haversack


Tent, Dome tent, Dry Bag


Sandal , Shoes



Untuk keterangan lanjut sila layari http://eigermalaysia.com/v2/

Monday, January 12, 2009

Laporan Sidang warga Gunung

Tarikh:10-11 January 2009
Tempat: Gunung Datuk Rembau N9

Sidang warga gunung yang berlangsung di N9 berjalan dengan lancar yang di anjurkan oleh Gunung online. Sidang ini buat julung kali diadakan dengan pendekatan profesionalisme di dalam pendakian. Pelbagai paper yang di bentangkan oleh panel yang di jemput untuk menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan aktiviti pergunungan..antara agensi yang terlibat di dalam menjayakan program ini adalah pihak:-

1)Gunung online,
2)Persatuan mendaki N9
3)Persatuan Kembara Negara
4)Outdoordynamic
5)Mares
6)Malaysian Nature Society (Johor)
7)Akademi Wira Damai rope climbing Team
8)Kelab kembara Pulau Pinang
9)Persatuan pengembara Malaysia

Program ini lebih berbentuk seminar dan dalam situasi yang santai. Lebih kurang 70 lebih peserta yang terlibat yang datang dari seluruh pelusuk negara tidak kira bangsa dan agama, Otai or beginners climbers bersatu dalam melibatkan diri. Apa yang aku perhatikan..ini satu usaha yang baik kerana pendaki Malaysia bukan saje pergi mendaki dan sampai ke puncak, tetapi dengan adanya program seperti ini dapat mendidik pendaki dengan maklumat dan ilmu yang melibatkan pendakian antaranya safety in outdoor, Telecommunication or amature radio, safety in rope climbing,Risk in Climbing, 1st Aid and Standard Operating procedure (SOP), GPS and map Geology batuan..beberapa input dan ilmu yang baru dapat di kongsi di dalam program ini.


Peserta khusyuk mendengar pembentangan

En. Adam abd Rahman dari Persatuan mendaki N9 pembentangan



Bersama Merdeka d Everest Team Datuk Khalid Yunus,
Ahmad Redhuan Rozali dan Manir

Turut hadir di dalam menjayakan program ini Datuk Khalid Yunus dan Merdeka Team Everest yang turut berkongsi pengalaman mereka semasa pendakian di Everest. Mereka berkongsi kejayaan, kepayahan dan keperitan di dalam pendakian Everest dan pengorbanan mereka di dalam menjayakan projek tersebut.. program sidang ini banyak di sajikan dengan Teori di dalam pendakian dan ini juga amat penting kerana jika sebelum ini aspek teknikal mereka sangat mahir. Pendedahan yang di buat oleh pihak Gunung online satu tindakan yang bijak dengan mengajak para pendaki dan panel yang hadir memberikan maklumat. Aku hadir ke program ini untuk collect data pendaki bagi projek tahun akhir dan menemani Supervisor projek thesis En John membentangkan 2 paper pada 10hb mlm. En john membentangkan paper

1)Denai gunung sebagai sumber rekreasi luar
2)Gunung Tahan trail: Historical preview.

Sangat interesting pembentangan En John kerana dengan gaya selambanyer membuatkan mereka tidak terlelap dan seronok mendengar celotehnya..Elemen sejarah di dalam Gunung Tahan membuatkan mereka terpaku mendengar.

Namun begitu masa yang di berikan sangat singkat kerana En.john meminta 6 jam untuk membentangkan, tapi Pihak Gunung Online tidak benarkan khuatir mereka akan termuntah dengan maklumat..khaha..Jutaan terima kasih kepada pihak Gunung Online kerana memberi
kan ruang kepada kami untuk mendapatkan maklumat pendaki. Kerjasama yang diberikan oleh pendaki amat saya hargai dan mereka amat menghargai projek yang saya lakukan dengan memberi respon yang terbaik dan terima kasih juga buat En Ahmad Nadhir dari ourdoordynamics yang sukarela untuk emailkan questionaire aku kepada rakan2 di dalam outdoordynamic. Ahmad Nadhir ni..dlu trainer di wilderness centre dan sekarang beliau membuka perniagaan menjual alatan Outdoor gear dan Outdoor training. Beliau dahulu merupakan rakan senior aku dalam fakulti iaitu En Ihsan yang kini bertugas di Sibu Island sebagai Recreation officer. Aku sangat bertuah dapat beramah mesra dan menambah kenalan di kalangan mereka. Rata-rata mereka ini amat berpengalaman kerana tidak terkira banyaknyer gunung yang mereka sudah daki dan ramai juga di kalangan mereka yang mendaki di Luar negara. Dari pemerhatian aku..pendaki di Malaysia sudah mula keluar dan menikmati Gunung di luar negara. Pada abad ke-21 ini perubahan harus berlaku dengan penyerapan maklumat bukan sahaja ilmu mendaki tetapi juga ilmu teori di dalam pendakian. Kerjasama antara kedua-dua pakar amat penting demi membangunkan aktiviti rekreasi luar..sekali lagi syabas aku ucapkan kepada warga Gunung Online kerana menjayakan seminar seperti ini. Moga aktiviti pendakian di Malaysia akan terus maju dan kaya dengan ilmu dan pelbagai disiplin. Thanx buat Rembau yang banyak membantu kami di sana dan seluruh warga admin gunung online. Moga hubungan kita akan lebih akrab dan usaha anda dalam memajukan xtvt pendakian di Malaysia amat saya hargai..

Thursday, January 8, 2009

Tinggalkan ia sebagai kenangan..

Sowi.. aku baru dengar lirik Adam Ahmad ni buatkan aku teringat kisah cinta yang lalu..pengalaman yang lalu amat perit aku rasakan di saat bunga sedang berkembang..tetapi aku tidak mahu salahkan dirinya..kerana mungkin ada hikmah di sebalik nikmat yang Tuhan tarik..xperlu lah aku coretkan di dalam blog ini kerana ia boleh mengaibkan pelbagai pihak..tapi itu semua buatkan aku bersyukur kerana banyak mengajar aku erti idup dan menemui wanita yang lebih baik dalam hidup ku sekarang dan betapa tulus cintanya dan kasihnya dia kepada diriku..Aku bersyukur dengan nikmat yang Tuhan tarik dan berikan padaku.. Aku terpanggil juga kerana membaca akhbar baru-baru ini tentang saman terhadap bekas tunang kerana memutuskan tali pertunangan di saat akhir hendak melangsungkan majlis..aduh bayangkan betapa pedihnya..tapi dalam kes ini aku tidak mahu salahkan sesiapa. Hanya mereka tahu kisah di sebaliknya. Aku sebenarnya bukan layak tuk bicara soal nih.. Aku menulis ni pun kerana seorang sahabat yang banyak meluahkan perasaan kepada aku tentang kisah cintanya. Siapa orang tu tak perlu lar aku kenalkan..tapi dia memang rapat ngan aku.. Aku tidak pandai sangat bercinta dan aku bukan mahir sangat dalam soal cinta. Apabila dia luahkan aku menjadi pendengar yang setia. Kadang-kadang orang yang kuat dari zahirnya kita ingat semua perkara dia hebat..tapi tidak sebenarnya..Bila tiba masa dan ketika, seseorang itu hampir lumpuh juga hidupnya..jadi aku takkan menolak apabila seseorang ingin meluahkan..sebab aku tahu betapa pedihnya hati pabila di kecewakan. Semalam seorang sahabat sejak aku dari kecil, beri kad.. dah nak kawen kawan aku nih..tengok cinta kawan aku ni.. membawa ke jinjang pelamin dah. Tahniah buat sahabatku ini..aku bler lg? jgn tnyer bila..aku masih belum bersedia. Kadang-kadang orang mengatakan cinta itu merumitkan, leceh, membosankan, dan macam-macam lagi persepsi.. Tapi percayalah cinta itu sangat indah apabila bersulam kejujuran, keikhlasan, keluhuran hati, saling mempercayai antara satu sama lain..Tapi awas..jika tidak kuat dalam diri, kerana cinta juga membuatkan perasaan luluh dan hancur. Memerlukan masa dan semangat untuk pulih.. Aku percaya..jika niat kita ikhlas tapi kita tewas di pertengahan jalan..jangan berduka kerana Tuhan sekadar ingin menguji kita..kerana Tuhan ingin melihat kekuatan diri kita dan kepada Dia jua kita memohon petunjuk untuk kita keluar dari perasaan kekecewaan. Tuhan ingin memberi kita sekelumit ujian supaya kita mengingati diriNYA di mana Dia berhak memberi dan menarik semula nikmat CINTA..


Wajahmu
Seindah serinya pelangi yang indah
Seharum mawar putih segar berkembang
Wajahmu
Mengapa sering terbayang dimataku
Sehingga terbawa didalam mimpiku

Sayangku
Tahukah kau didalam hatiku ini
Tersimpan perasaan cinta nan suci
Kau bunga
Ingin kusuntingmu menjadi milikku
Lantas kuabadikan dalam jiwaku

Sayangnya
Harapan yang selama ini kubawa
Hancur berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi

Kau pergi jua
Setelah cinta ku kini membara
Belum sempat kucurahkan kasihku
Kau pergi tak kembali...

Tuesday, January 6, 2009

Hari yang sedih

Nape aku bersedih?...hari ini aku pergi ke Taman Negara Ledang untuk mengambil semula questionaire thesis. Aku, Yoe, Daha dan Ana pergi bersama. Sedih sebab questionaire aku tidak ada respondent yang jawab..Aku pun tak pasti apa yang berlaku sebenarnya. Sama ada pihak Taman Negara tidak membantu atau pendaki yang tidak mahu menjawab. Questionaire itu bertujuan untuk thesis final projek. Research yang aku buat tentang social impact di kalangan pendaki. Tapi bagi aku ini adalah cabaran untuk aku berjaya. Daripada analisis aku secara tak formal..aku mendapati rakyat kita masih kurang menghargai tentang research. Research ini penting sebagai rujukan dan pengembangan ilmu. Research bukan di hasilkan untuk main-main atau sebagai sampah. Ia juga untuk pembangunan negara. Sekarang ini aku akan mencari data dengan kaedah off site pula memandangkan Trek dari Sagil Ledang telah ditutup sementara kerana masalah trek yang kurang baik, cuaca dan pokok yang tumbang sehingga bulan Februari. Hujung minggu ini aku akan ke Gunung Datuk, Rembau N9 pula untuk mendapatkan data kerana di sana ada persidangan warga gunung seluruh Semenanjung. Layari http://www.gunungonline.com bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai program ini di sana.

Saturday, January 3, 2009

Hampir bengang

Hari ini aku ke Plaza Low Yat berurusan tentang laptop Deela yang problem pada Hardisc. laptop Compaq yang baru di beli tercatat error hardisc. Compaq memang selalu mengalami problem pada hardisc menurut kata Ijam (Bf Ila). Khidmat Ijam terpaksa di bawa untuk mendapatkan penjelasan. Kebetulan Ijam datang ke KL. setelah beberapa minit menunggu..owner kedai menyuruh kami datang esok. Aku explain pada dia sebab esok aku banyak urusan dan malas nak mengadap kesesakan di KL. Nasib baik diorang boleh consider. Beberapa jam menunggu..akhirnya laptop dapat di baiki. Satu sikap yang aku puji Mat Pakistan ini diorang care customer. Mereka cuba sedaya upaya. Kalau tidak mereka hendak menghantar kepada center Compaq untuk di baiki. Walaupun hardisc ini sepatutnya perlu di rujuk tetapi mereka mengambil berat masalah dan menukar dengan yang baru. Aku berpuas hati walau pun puas aku bertegas dengan mereka soal masalah mengambil keesokan hari. Sikap begini yang perlu di contohi jika ingin maju terutama bagi melayu..Kebanyakan kelemahan peniaga melayu suka mengambil sikap sambil lewa tentang kepuasan customer. Banyak yang aku perhatikan dan lalui. Bukan aku anti-bangsa aku meniaga, tetapi banyak kelemahan harus di perbaiki. Ya..memang benar melayu ada yang kaya dengan meniaga, tetapi kebanyakannya secure projek dengan bantuan Kerajaan. Tidak pernah rasa susah jatuh dan bangun. Bagaimana mereka mahu menilai keupayaan? Aku percaya jika sesiapa sahaja yang ingin menjadi usahawan..perkara yang paling penting adalah kepuasan pelanggan dan berusaha keras, biar kita selesaikan masalah sekecil mana pun..tetapi jangan kita hilang pelanggan kerana sikap yang mengambil mudah dan sambil lewa tentang kepuasan. Kepuasan memang sukar di ukur, tetapi kita mencuba yang terbaik. Lewat pukul 11p.m aku sampai di rumah dan lega masalah laptop selesai.

without life jacket to river crossing

Baru-baru ni aku ke Rantau Panjang untuk pergi menemankan mak shopping setelah ikan tidak mengena. Barang-barang dari sini lebih murah dari uptown or downtown. Yelar.. barang dari KL datang dari sini juga tapi bila dah sampai KL jadi mahal sedikit sebab kos pengangkutan dan minyak dari Kelantan. Hujan renyai turun, tapi niat mak..aku tetap tunaikan. Aku jadi rambang mata bila duduk di situ sebab pelbagai jenis jersi di jual dari brand cap ayam hinggalah Gred A jersi yang di jual. Walau bagaimanapun aku tidak berminat untuk sambar sehelai pun. Sebab aku dah kurang gemar pakai jersi.Setelah puas shopping aku pergi meninjau Sungai Golok, sebab nak tengok bagaimana mereka menyeberang dan menyeludup.

Kisah di Sg. Golok
Semasa aku berada tebing Sg Golok dari arah Malaysia, aku lihat pelbagai ragam orang di sini melakukan kegiatan harian. Bot mengangkut barang kelihatan ulang alik menghantar barang jualan antara Thailand dan Malaysia. Aku hairan bagaimana penguatkuasaan kita lemah di bahagian Sungai. Mereka seolah-olah tidak menghormati undang-undang kerana dengan selamba menyeludup barangan. Faktor penyebab kerana sungai itu agak panjang dan mungkin susah untuk tugas pengawalan atau penguatkuasa sudah jemu dengan kes sebegini. Tetapi bayangkanlah kerugian yang kerajaan akan hadapi. Penguatkuasaan hanya bertumpu pada jalan darat. Persoalannya adakah penguatkuasa kita tidak mencukupi untuk mengawal dan adakah rakyat kita juga tidak menghormati undang-undang? Di sisi yang lain pula kelihatan rakyat kita dan Thailand begitu mudah menyeberang sungai dan seolah-olah negara yang tiada undang-undang. Walhal tentera Thailand berada di tebing sungai dan hanya melihat mereka berurusan keluar masuk. Menurut penduduk di situ yang sudah mahir dengan selok belok kawasan tersebut..jika ingin menyeberang jangan tunggu di tebing sungai, sebab tentera mereka akan tangkap dan mereka akan sumbat di dalam penjara atau di jual. Samseng sangat berleluasa di sana. Agak gerun aku mendengarnya dan jika kita mempunyai teman atau saudara di sana lebih baik, kerana rasa agak selamat berada di seberang Thailand. Apa yang sangat membimbangkan aku adalah cara mereka menyeberang sangat merbahaya dengan menggunakan sampan berbayar RM1.00 sekali menyeberang. Merbahaya yang aku maksudkan kerana mereka tak menggunakan sebarang jaket keselamatan. Memanglah kalau di lihat sungai itu tidak lebar lebih kurang 10meter tetapi risiko terlalu tinggi. Pendayung sampan pula selamba jer..dengan tidak memakai jaket keselamatan.

Pandangan dari arah Thailand (siap ada yang berdiri lagi..)


Jangan tiru aksi ini..


Aku cukup concern tentang life jacket ni..sepanjang aku belajar ilmu outdoor dan terlibat dalam bidang outdoor..jaket keselamatan amat di titik beratkan..jika berada 5meter dari air pun mesti menggunakan life jacket even air paras lutut pun mesti memakai kerana boleh berlaku juga lemas walau air setinggi itu.. adakah mereka tidak sayangkan nyawa mereka? kalau di tanya pasti yang akan ramai menjawab "mereka sangat sayangkan nyawa." Kita sering mengambil mudah soal keselamatan, walaupun dianggap remeh bagi sesetengah individu. Berita hari ini jelas terbukti berlaku di Kuala Krai, Kelantan apabila seorang lelaki bersama rakan hendak mengambil buluh di seberang sungai. Sungai apa? aku pun tak ingat..semasa mereka hendak menyeberang pulang tiba-tiba paras air meningkat dan mereka nekad untuk menyeberang. Tetapi nasib tak menyebelahi apabila seorang rakan lemas di bawa arus deras. Sekarang ni musim hujan dan air sungai boleh meningkat bila-bila masa. Janganlah kita ambil mudah soal keselamatan. Jawapan yang sering aku dengar " nak buat macam mana, dah takdirnya mati dengan cara begitu," Ya..memang benar tetapi adakah Tuhan menyuruh kita menempa maut dengan mengabaikan keselamatan? Kesedaran masyarakat kita masih rendah dan suka mengambil mudah soal risiko. Bukan risiko di air sahaja, tetapi di darat juga terlalu banyak berlaku. Maka ramai khidmat-khidmat rakyat kita telah berkubur lebih awal..fikir-fikirkanlah...

Friday, January 2, 2009

Kisah perjalanan aku di Pantai Timur

Coretan ini aku tak dapat buat di sana kerana broadband aku tak dapat connect dan masa aku pun terhad sebab banyak sangat melawat tempat.

27hb December 2008
Majlis perkahwinan adik aku di sebelah pihak lelaki diadakan di Kg. Repek, Bachok Kelantan lebih kurang pukul 2.00 p.m. Majlis di sini serba ringkas di pihak lelaki. Selesai majlis aku dan ayah plan untuk pergi memancing dan mencari lubuk yang sesuai. Saudara mara aku yang datang dari KL semua nk pergi bershopping.

Adik setelah disolek macam mek Siam khaha..


Di rumah pengantin lelaki


Lantak dioranglar..janji aku dapat mancing. Sebelum ni datang kelantan banyak pergi berjalan rumah saudara mara. Kali ni aku datang lama so aku nak lepaskan gian memancing. Setelah aku berbincang dengan abang mat (Abg, kak ipar) kami pergi ke kuala sungai Tok Bali. Aku gunakan khidmat Abg Mat sebab dia mahir lubuk di sini. Hujan renyai mulai turun. Tapi kami tak hirau hujan atau panas..Janji kami dapat labuhkan pancing dan baling umpan. Setelah mencari umpan anak udang dan sotong di jeti Tok Bali lalu kami pun pergi ke Kuala Sungai. Tapi air tak berapa cantik sebab sekarang musim hujan. Air tawar banyak masuk ke laut dan makanan ikan tengah banyak sekarang. Ikan pun kurang agresif menyambar umpan. sehingga pukul 9.00 p.m ikan tak makan umpan segar.. kami cuba umpan Gewang atau rapalla pun macam tu juga..takder yang menyambar.

Tak boleh jadi nih..kena tukar tempat..kami pun cuba di Jeti Tok Bali pula sebab air dah mula surut dan masa ni lar..ikan tengah lapar nak cari makanan. Aku pun cuba la casting...bukan setakat berpuluh kali..dah dekat ratus. Lalu aku teringat ayat menyindir sdr Amin..Kalo Thomas Edison tak mencuba menghidupkan lampu kali yang ke 100 maka sampai sekaranglar...kita bergelap.. Teringat kata-kata tu..aku pun cubalar..Hmm....harapanku hampa. Umpan yang di baling tak mengena. Aku pun mula bosan.. pastu aku tengok Bot Nelayan hendak keluar mencari ikan.Bot ni agak besar macam kapal perang Belanda serang Melaka dulu..yeker?..lebih kuranglar..sebab aku pun tak lahir lagi zaman penjajahan Belanda. Bot tu dibuat di Terengganu tertera tulisan Anak Rusa pada bot. Kos pembelian bot lebih kurang 1.5 Juta menurut pemilik bot. Owner bot tu ada 3 buah bot. Dua lagi bot kecil sedikit dan harga lebih kurang rm 200ribu. Perbelanjaan sekali keluar menangkap ikan lebih kurang rm20ribu including makan, minyak. Tekong dan awak-awak semuanya orang Thailand. Owner bot orangnya simple jer dengan kain pelikat berbaju melayu dan kopiah..tapi duit berkepok beb..Dapat juga lar aku pengalaman tengok nelayan keluar menangkap ikan. Maklumlah aku bukan selalu dapat peluang tengok benda macamtu..Dari kecil mengadap jalanraya jer..sebab umah aku depan jalanraya. Malam makin larut rupa-rupanya dah pukul 12 malam.. so kami pun balik lah dengan tangan kosong..ikan tak mahu makan..

Thursday, January 1, 2009

Tahun Baru

Malam tahun baru aku dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur setelah bercuti di Pantai Timur. Sebenarnya aku ke Pantai Timur kenduri kahwin di sebelah pihak lelaki. Setelah selesai aku bercuti dan melawat ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Dalam perjalanan aku singgah di Genting Sempah untuk makan dan aku lihat ramai anak muda yang berehat di situ. Mereka mungkin hendak naik ke Genting. Macam-macam ragam aku lihat gelagat mereka. Teringat aku zaman aku remaja seperti mereka yang keluar malam untuk menyambut tahun baru. Kini aku lebih seronok untuk berada di rumah atau bersama keluarga atau membuat aktiviti yang lebih berfaedah. Bukan aku kata menyambut malam tahun baru itu tak bagus, tapi aku jenis tak gemar pada kesesakan orang ramai.

Pagi tahun Baru 1 Januari 2009

Pada tahun baru ini aku pergi ke plaza Low Yat untuk mencari bateri laptop aku yang dah season. Selain itu aku temankan deela beli laptop baru. Banyak juga aku pelajari tentang teknologi di Low Yat ni..Aku survei beberapa kedai dan tertarik dengan satu kedai ni penjualnya dari Pakistan. Pakej pembelian laptop yang ditawarkan menarik minat aku dan Deela. Aku bersembang dengan promoter yang bekerja di situ yang rata-rata semuanya berasal dari Pakistan. Mereka ini datang ke Malaysia hampir 4 tahun dan yang aku terperanjat ownernya pula rakan mereka dari Pakistan juga yang dah menetap di negara ini 7 tahun. Lalu aku menyoal staffnya bagaimana die mendapatkan modal yang sebegini banyak untuk membuka premis perniagaan komputer? jawapannya, ini kerana sahabatnya dulu tidak banyak modal, tapi dia bekerja keras dan rajin untuk hidup. Nak di katakan mat Pakistan ini kaya tidak juga kata sahabatnya.. tapi sederhana. Lalu aku terfikir bahawa sistem liberal telah membuka satu pasaran bebas kepada semua masyarakat dunia di Malaysia untuk bersaing. Di Kuala Lumpur ini lebih jelas di mana ramai peniaga dari negara asing mulai bertapak. Satu persaingan yang sihat dan sifat berlumba untuk terus maju akan lebih cepat merebak di kalangan rakyat Malaysia. Ekonomi negara berada dalam keadaan yang baik berbanding di negara Pakistan, maka mereka mengambil peluang untuk menjalankan perniagaan di sini. Di Amerika yang mengamalkan sistem Liberal telah mewujudkan ramai peniaga dari luar dan ada antara rakyat Malaysia yang sudah bertapak di sana menjalankan perniagaan dan produk mereka juga telah diterima oleh masyarakat di sana. Persoalannya adakah sistem Liberal ini bagus? terpulang kepada individu untuk menilai.

Wednesday, December 24, 2008

Demam

Sekarang bermacam demam berlaku. Demam cuti sekolah, demam dapat bonus, demam pilihanraya kecil, demam chikungunya, demam nak beli baju sekolah anak, demam anak ajak bercuti, demam nak bayar hutang perabot dan banyak lagi. Hari ini aku telah melawat pak uda(adik bongsu emak) yang demam teruk di masukkan ke dalam wad di Hospital Tawakal. Aku agak terperanjat kelmarin mendapat berita dia di masukkan ke hospital. Memang sebelum ini semasa kenduri kahwin adik dia tak berapa sihat, tapi tak sangka pula teruk jadinya. Doktor yang merawat masih belum pastikan demam apa yang di hidapi. Pada aku mungkin pak uda keletihan kerana sibuk mengemas rumah pindah dari Kelantan ke Kuala Lumpur dan kemudian ke majlis kahwin adik pula. Memang dia tak cukup rehat. Teringat tika aku di masukkan ke wad semasa abang aku nak bernikah hanya tinggal 5 hari sahaja lagi masa itu. Aku di sahkan menghidapi denggi, paling aku tak lupa abang aku jaga di hospital 1 malam. Sedih hati aku tak dapat tengok majlis perkahwinan abang di Kelantan. Selama aku sakit ayah yang menjaga aku, dan ayah juga terpaksa berkorban untuk tidak hadir ke majlis perkahwinan abang. Begitu juga perkara yang sama terjadi pada Pak Uda. Aku tengok tadi kondisi dia nampak beransur pulih, cuma kepalanya pening. buat Pak Uda moga cepat sembuh amin.... walau bagaimanapun pak uda tidak dapat pergi ke majlis kahwin adik di Kelantan. Tak ada rezeki..

Majlis perkahwinan adik

Tarikh: 20 December 08
Tempat: Banquet Hall UPM

Kahwin...kahwin..kahwin dan kenduri kahwin.. bulan 12 ni memang ramai yang buat majlis kahwin termasuklah adik aku, kerana musim cuti persekolahan. Alhamdulillah..majlis kahwin adik aku dah selesai. Tinggallah aku yang masih belum berkahwin dalam adik-beradik seramai 3 orang. Aku gembira dalam kesedihan kerana kesunyian dalam keluarga almaklumlah hanya tinggal aku sahaja yang masih belum berkahwin. Belum puas aku nak bermanja dengan adik perempuan aku sorang ni..adik aku agak manja dalam keluarga kerana dia seorang anak perempuan. Tapi jodohnya dah sampai dalam umur 21.

Bersama saudara dan sahabat adik

Aku masih belum berkahwin kerana masih belajar. Takpela..aku masih banyak komitmen lain untuk di kejar. Sebagai anak lelaki tanggungjawab aku besar menjaga kedua ibu-bapa. Apa yang menarik dalam majlis adik aku ni, rezekinya mencurah..apa tidaknya, adik aku dapat kerja baru, hadiah perkahwinan banyak, majlis kahwin ramai yang sedekah dan ramai jemputan yang hadir ke majlis. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis perkahwinan adik. Pengorbanan ayah dan mak yang bertungkus lumus menjayakan majlis. Majlis nampak meriah dengan kehadiran sanak saudara.. Minggu ini di rumah pihak lelaki di Bachok Kelantan pada 27 Disember, jumpa di sana pula. Sekali lagi tahniah buat adik..