Pada hujung minggu lepas Company yang aku asaskan bersama 4 orang rakan yang lain baru mengendalikan sebuah program kepimpinan sekolah rendah.
Bagi program ini aku menjadi pengarah program dan cabaran ini aku ambil sebagai tanggungjawab untuk aku laksanakan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa masalah kecil tetapi keputusan yang cepat harus di ambil sebagai memuaskan hati customer. Tekanan yang diserapkan membuatkan aku lebih matang berfikir dan menambah baik pengalaman yang aku dapat lalui.
Kepenatan melayan kerenah pelajar-pelajar sekolah rendah dan staf membuatkan aku berfikir dengan pantas untuk mnyelesaikan masalah yang dihadapi. Tamat program ini Jumaat ini aku akan ke Genting pula untuk Conduct Corporate Course Training dari 23-25 mei. Aku akan menulis lagi selepas pulang dari kem.
Wednesday, May 21, 2008
Come Back
Salam kepada semua, dah lama aku tak mencoretkan idea dan pandangan di dalam blog ku dan telah lama aku menyepi. Tujuan ku menyepi bukan kerana sengaja, sebenarnya aku terlalu sibuk dengan program dan aktiviti Outdoor. Selepas aku tamat peperiksaan akhir semester aku terus ke Tasik Banding Grik Perak kerana mengendalikan amali Subjek Kemahiran Rekreasi Luar. Sembilan Hari aku di sana dan macam biasalah kalau dah duduk di sana epidermis kulit ku menjadi gelap di panah matahari yang terik. Sesuatu yang ingin aku berkongsi tentang amali ini adalah sebuah amali yang bukan sahaja menerapkan 'experiantial learning' tapi ia turut mendidik mahasiswa yang mengambil subjek ini untuk menguruskan sumber alam yang ada untuk ditawarkan dalam aktiviti rekreasi luar. Selain itu uniknya program Outdoor ini ia sebuah medium untuk kita create and manage behaviour manusia dan pelbagai ragam manusia yang kita dapat deal dengan pelbagai lagi rencam masalah dan pandangan manusia. Kadang aku menilai sebuah perilaku itu melalui program Outdoor dengan memberi tekanan untuk kita menilai behaviour yang sebenar seoran manusia itu dan cara participant itu menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi memberi aku pengalaman yang berguna dan tugas aku sebagai trainer utnk menilai dan membantu participant membentuk karakter yang terbaik tetapi bergantung kepada individu tersebut untuk berubah kepada yang lebih baik.
Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya kayaking, Rope activity, Survival, management game, Slot ceramah, Camp Craft, berakit. Sebagai trainer aku harus bersabar dengan pelbagai kerenah participant dan ini semua dapat membentuk karakter aku yang lebih baik dari dahulu.
Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya kayaking, Rope activity, Survival, management game, Slot ceramah, Camp Craft, berakit. Sebagai trainer aku harus bersabar dengan pelbagai kerenah participant dan ini semua dapat membentuk karakter aku yang lebih baik dari dahulu.
Sunday, April 20, 2008
Amin yang aku kenali

Selama aku di UPM sehingga kini dah lebih 5 tahun menuntut, aku tertarik dengan karisma seorang senior aku yang bernama saudara amin. Pertama kali aku berbual denganya bila ek?? aku pun tak ingat, tapi aku mula rapat denganya sejak 4 tahun lalu. Amin ni dah aku anggap macam abg. Pada tahun 2004 aku telah membantu dia kempen pilihanraya kampus sebagai ketua pemasangan poster khakha.. waktu itu kempen pilihanraya masih segar dengan kelantangan suara mahasiswa. Amin telah memecahkan rekod undi yang paling tertinggi tika itu lebih daripada 10ribu undi dan merupakan calon mahasiswa yang pertama mendapat undi sedemikian. Strategi yang dijana mengena ketika itu dengan pelaburan dan calon yang turun padang ketika kempen memberi undi pemikat kepada mahasiswa untuk memilih beliau.
Kini beliau banyak mendedahkan aku dengan dunia politik dan pendedahan ilmu. Aku mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Amin kerana banyak memberi pendedahan kepada aku dengan sesi-sesi diskusi bersama rakan-rakan aktivis yang lain. Daripada program-program yang aku sertai ternyata memberi perubahan pada aku untuk berfikir ke tahap yang kritikal. Setiap peluang yang beliau berikan tak pernah aku tolak untuk sertai. Pada awal sesi diskusi yang aku sertai telah membuatkan aku keliru pada mulanya. Ungkapan-ungkapan yang lahir dari diskusi membuat aku tertanya tentang kebenaran-kebenaran hidup. Aduh.. macam nak termuntah kepala otak aku. Kini serba sedikit aku mula faham tentang hidup ini. Pencerahan yang telah diberikan membuatkan keterbukaan minda aku kini. Banyak lagi aku nak kongsi tentang amin. Sori amin jika aku dedahkan hidup ko haha.. tunggu untuk kisah akan datang..
Exam da tamat.
Hari ini aku telah menamatkan saki baki final exam yang terakhir. Aku sangat tertekan dengan exam bagi semester ni kerana jadual terlalu dekat dan subjek yang aku ambil semester ini agak kritikal dengan banyaknya pengiraan. Aku memang kurang berminat untuk membuat latihan kiraan. Entahlah dari zaman sekolah lagi memang aku kurang berminat. Setelah tamatnya exam terakhir, aku terus dipanggil oleh supervisor final projek aku. Ape kenala lecturer aku tuh.. Hari Ahad ajak aku buat discussion. Aduh.. dah la aku tak cukup tido. Tapi ok gak la discussion tadi. lecturer ajak aku buat tentang "social Impact for mountaineering activity" da banyak kali aku ditukar tajuk. Harap kali ini aku tidak kena tukar tajuk projek lagi..Huh.. Selepas ini cuti semester, so aku tengah mencari projek-projek kecil (mane lubang part time aku kebas) dapat mengisi waktu lapang.
Wednesday, April 16, 2008
Lagi-lagi Isu Babi
Siapakah ini? (Dr Karim Mansor Adun Tg Sepat yang tidak menyokong babi di Selangor dan cuba mempolitikkan. Sedangkan beliau menyokong babi dengan tanda bagus)Baru-baru ini seorang rakan aku telah bertanyakan soalan mengapa babi di ternak di Selangor dan tidak mengambil sensitiviti orang melayu?. Aku pelik mengapa sesetengah masyarakat cuba mempolitikkan isu ini. Pada pendapat aku isu ini tidak sepatutnya di panjangkan kerana jika kita ingin menjadi negara yang majmuk tidak boleh sekadar mementingkan satu pihak dan kaum. Rakan aku mempersoalkan "sedangkan negara Singapura dan Taiwan yang mempunyai majoriti masyarakat cina, tidak mahu membela babi dalam negara tersebut." ini kerana suara majoriti rakyat negara tersebut yang tidak mahu babi dibela dalam negara tersebut. Berbeza dengan negara kita yang mana masyarakat cina dan penternak mahu babi dibela dalam negara. Kerajaan negeri telah mengambil tindakan untuk meneruskan projek ini setelah mengkaji keberkesanan projek tersebut dan impak kepada rakyat. Kawasan itu juga memang berada dalam penempatan masyarakat di cina ladang tersebut. Kerajaan negeri telah mengambil penasihat dari Jerman untuk memberi pandangan dan kaedah yang digunapakai untuk membina kandang yang lebih mesra alam. Semalam pengerusi jawatankuasa alam sekitar, pertanian moden dan usahawan Sdra Yaakob Sapari telah mengungkapkan kenyataan bahawa "kerajaan telah mengkaji dan mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar-pakar negara luar tentang kaedah yang di gunapakai seperti , Jerman dan Australia yang telah menggunakan kaedah kandang yang lebih mesra alam." Najis-najis haiwan tersebut pula akan dikitar bagi menjana tenaga elektrik bagi kandang tersebut dan dengan kaedah moden ini penyakit JE dan Nipah tidak akan menular. Penyakit ini datang berpunca daripada kebersihan yang tidak terurus. Menurut kenyataan Yaakop lagi "jangan panjangkan isu ini lagi, dan meminta Adun Tg.Sepat supaya tidak mempolitikkan isu ini lagi," katanya. Bagi aku kita sepatutnya tidak mudah melatah dengan isu ini dan mufti sendiri mengatakan tidak ada masalah dan Islam sendiri tidak menghalang hak-hak agama dan Bangsa lain. Jika tidak membina kandang yang lebih moden, kandang yang sedia ada akan mencemarkan lagi keadaan dan kawasan. Negeri akan lebih banyak mengalami kerugian dari segi alam sekitar. Lebih baik kerajaan negeri membina kandang yang lebih baik dan moden. Aku harap isu ini akan selesai dan jangan di politikkan oleh sesetengah pihak.
Dato Shabery Chik ugut Blogger
Semalam Dato Shabery Chik, Menteri Penerangan telah mengugut para Blogger atau media alternatif yang menulis berita-berita yang menghasut dan kesahihan berita tersebut. Menurut beliau "jangan ingat mereka ini akan terlepas dari undang-undang."
Ugutan ini aku percaya atas sebab punca kekalahan mereka terutama BN dan gagal mempertahankan 2/3 majoriti dalam PRU 12 yang lalu. Masyarakat hari ini telah bijak memilih bacaan dan maklumat dari media alternatif ini sebagai berita yang lebih sahih. Shabery seharusnya mengkaji kenapa rakyat sekarang beralih ke media alternatif dan puncanya. Bayangkanlah kalau dah media-media utama menulis berita-berita yang ternyata berat sebelah kepada pemerintah dan fakta pula di putar belitkan. Sebab itulah rakyat mula beralih kerana rakyat sudah tidak percaya lagi dengan berita-berita palsu Utusan dan adik beradiknya yang lain. Bayangkanlah sebahagian media di negara ini dikuasai oleh pemerintah, berita pula memualkan dan putar belit membuatkan rakyat muak dan jelik. Aku berharap para blogger jangan takut dengan ugutan ini.
Sepatutnya Shabery memahami erti demokrasi itu sendiri dari segi kebebasan media dalam sebuah negara yang mengamalkan konsep demokrasi. Aduh.. takkanlah aku nak minta Shabery pergi join worksyop pendidikan politik. Sepatutnya beliau faham konsep demokrasi. Berita-berita yang terdapat dalam media alternatif lebih banyak yang sahih daripada palsu yang diadakan oleh media-media utama negara.
Ugutan ini aku percaya atas sebab punca kekalahan mereka terutama BN dan gagal mempertahankan 2/3 majoriti dalam PRU 12 yang lalu. Masyarakat hari ini telah bijak memilih bacaan dan maklumat dari media alternatif ini sebagai berita yang lebih sahih. Shabery seharusnya mengkaji kenapa rakyat sekarang beralih ke media alternatif dan puncanya. Bayangkanlah kalau dah media-media utama menulis berita-berita yang ternyata berat sebelah kepada pemerintah dan fakta pula di putar belitkan. Sebab itulah rakyat mula beralih kerana rakyat sudah tidak percaya lagi dengan berita-berita palsu Utusan dan adik beradiknya yang lain. Bayangkanlah sebahagian media di negara ini dikuasai oleh pemerintah, berita pula memualkan dan putar belit membuatkan rakyat muak dan jelik. Aku berharap para blogger jangan takut dengan ugutan ini.
Sepatutnya Shabery memahami erti demokrasi itu sendiri dari segi kebebasan media dalam sebuah negara yang mengamalkan konsep demokrasi. Aduh.. takkanlah aku nak minta Shabery pergi join worksyop pendidikan politik. Sepatutnya beliau faham konsep demokrasi. Berita-berita yang terdapat dalam media alternatif lebih banyak yang sahih daripada palsu yang diadakan oleh media-media utama negara.
Saturday, April 12, 2008
Program bersama Alumni Asian Renaissance
Hari ini aku bersama sdra Amin dan Naim telah menyertai program makan tengahari di Equality Hotel Shah Alam bersama dengan alumni Asian Renaissance sebuah program yang di anjurkan oleh Institut Kajian Dasar (IKD) dan tetamu jemputan adalah DSAI. Program Asian Renaissance ini telah melahirkan beberapa pemimpin negara.DSAI telah memberikan beberapa amanat tentang program dan harapan beliau tentang masa depan program ini. Walau bagaimanapun kami terlewat sedikit kerana kereta amin mengalami masalah. Cabaran ini menjadi peringatan pada kami.
Final Exam
Sekarang adalah minggu Final Exam bagi aku yang menuntut di tahun ke 2 semester 4. Exam Final aku bermula pada 15 hb april ini. Persediaan sedang di lakukan. Good luck kepada semua pelajar IPTA yang sedang mengambil peperiksaan.
Friday, April 11, 2008
Perhimpunan Black 14
Perhimpunan Black 14 akan diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Darul Ehsan bersempena dengan pembebasan DSAI dalam Kancah politik perdana dan countdown black 14 akan diadakan bagi memperingati perjuangan rakyat. Semua rakyat di jemput hadir bagi mengimarahkan majlis.
Tarikh : 14 April 2008Masa
: 8.45 malam
Tempat : Kelab Sultan Sulaiman Kg. Baru,Kuala Lumpur
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan sulung perdana selepas pilihanraya selain dari ucapan pimpinan utama Pakatan Rakyat mengimbau kenangan perjuangan rakyat. Tayangan video khas dari black14 ke arah kemenangan rakyat dan pameran khas turut diadakan.
Tarikh : 14 April 2008Masa
: 8.45 malam
Tempat : Kelab Sultan Sulaiman Kg. Baru,Kuala Lumpur
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan sulung perdana selepas pilihanraya selain dari ucapan pimpinan utama Pakatan Rakyat mengimbau kenangan perjuangan rakyat. Tayangan video khas dari black14 ke arah kemenangan rakyat dan pameran khas turut diadakan.
Monday, April 7, 2008
Aku dan Rekreasi
Bermulanya aku sebagai pelajar di UPM ketika umur 18 tahun mengambil Diploma Perhutanan 2003-2005. Kemudian aku melanjutkan pelajaran ke Ijazah Sarjana Muda Sains Perhutanan 2006- now. Aku mengambil minor pengurusan pengguna dan khidmat rekreasi. Minat aku terhadap bidang ini oleh kerana bidang ini semakin berkembang di dalam Malaysia dan tugas aku selaku penawar khidmat rekreasi kepada masyarakat bagi memenuhi kehendak dan kepuasan pengguna.
Bidang rekreasi kalau kita lihat pada persepsi masyarakat ia lebih tertumpu kepada aktiviti lasak tetapi itu adalah sebahagian. Dalam rekreasi ia meliputi pendidikan, pelancongan, sukan, komunikasi, Therapy, Environmental education, Konservasi, outdoor learning dan banyak lagi. Masyarakat hari ini mula sedar kepentingan berekreasi ketika waktu lapang bersama keluarga. Senario ini mula berkembang pada abad ke-21. Tekanan kerja seharian membuatkan orang ramai perlu merehatkan diri dan menjalankan proses terapi bagi memulihkan kesegaran minda. emosi yang stabil, psikologi yang stabil dan kesihatan fizikal. Pada masa sekarang banyak kawasan-kawasan atau pusat rekreasi yang telah di buka bagi memenuhi kepuasan masyarakat samaada indoor atau outdoor. Ini satu perkembangan yang sihat dan persaingan yang wujud akan membolehkan orang ramai memilih tempat-tempat yang menawarkan pakej percutian yang menarik. Persaingan pasaran terbuka ini akan mewujudkan daya saing yang tinggi kepada semua pengusaha produk pelancongan. Dalam perniagaan rekreasi ini bukan setiap masa akan mendapat pelanggan, kerana perniagaan rekreasi ia bermusim.
Saya menyokong penuh kepada usahawan yang ingin melibatkan diri dalam perniagaan ini bagi bersama-sama memeriahkan lagi industri ini, pasaran terbuka dan liberal akan mewujudkan persaingan yang baik dan kualiti rekreasi dalam negara juga akan meningkat dan menguntungkan bukan sahaja penawar produk tetapi juga pengguna.
Subscribe to:
Posts (Atom)