Wednesday, December 24, 2008

Majlis perkahwinan adik

Tarikh: 20 December 08
Tempat: Banquet Hall UPM

Kahwin...kahwin..kahwin dan kenduri kahwin.. bulan 12 ni memang ramai yang buat majlis kahwin termasuklah adik aku, kerana musim cuti persekolahan. Alhamdulillah..majlis kahwin adik aku dah selesai. Tinggallah aku yang masih belum berkahwin dalam adik-beradik seramai 3 orang. Aku gembira dalam kesedihan kerana kesunyian dalam keluarga almaklumlah hanya tinggal aku sahaja yang masih belum berkahwin. Belum puas aku nak bermanja dengan adik perempuan aku sorang ni..adik aku agak manja dalam keluarga kerana dia seorang anak perempuan. Tapi jodohnya dah sampai dalam umur 21.

Bersama saudara dan sahabat adik

Aku masih belum berkahwin kerana masih belajar. Takpela..aku masih banyak komitmen lain untuk di kejar. Sebagai anak lelaki tanggungjawab aku besar menjaga kedua ibu-bapa. Apa yang menarik dalam majlis adik aku ni, rezekinya mencurah..apa tidaknya, adik aku dapat kerja baru, hadiah perkahwinan banyak, majlis kahwin ramai yang sedekah dan ramai jemputan yang hadir ke majlis. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis perkahwinan adik. Pengorbanan ayah dan mak yang bertungkus lumus menjayakan majlis. Majlis nampak meriah dengan kehadiran sanak saudara.. Minggu ini di rumah pihak lelaki di Bachok Kelantan pada 27 Disember, jumpa di sana pula. Sekali lagi tahniah buat adik..

Tuesday, December 23, 2008

Collect data at Gunung Ledang or Mt. Ophir.

Baru-baru ini aku dan beberapa rakan iaitu Adha, Yoe dan Ana telah mendaki Gunung Ledang di Johor. Tujuan asal kami sebenarnya bukanlah pada pendakian, tetapi untuk membuat survei terhadap pendaki tentang kesan sosial terhadap pendaki semasa pendakian. Kami di arahkan oleh supervisor iaitu En Samshor Nahar@John untuk mendaki. Aduh...agak perit juga pendakian ini kerana aku tak prepare ape pun tuk mendaki kali ini.. persediaan aku betul-betul fokus pada mental sahaja dan sedikit pengalaman aku yang pernah mendaki gunung-gunung yang lain sebelum ini. Kami menggunakan trek dari Taman Negara Ledang, Johor bersama kumpulan pendaki kelab kembara politeknik JB. Kebetulan mereka hendak mendaki jadi kami menyertai mereka dan juga menjadi target responden.


Trek menuju checkpoint 1

Summit at check point 1..memang semput

Kami mendaki lebih kurang 40 orang dan kebanyakan pelajar Poli JB ni 1st time mendaki..so pergerakan agak perlahan pada mulanya kerana ada pelajar perempuan yang tak cukup angin dan nafas kerana trek ini awal-awal lagi dah steep.. siapalah yang buka trek nih.. carila route yang beginner ckit tuk awal pendakian..heheh.. perjalanan di teruskan setelah kami memberi semangat dan tips untuk mendaki. Sepanjang laluan Check point(CP) 1-CP 3 aku perhatikan trek kurang sesuai kerana agak lebar, ini di sebabkan oleh hakisan akibat pendaki yang terlalu ramai memijak tanah dan banyak pokok yang tumbang di sebelah trek. Akan datang trek ini kurang sesuai untuk menampung lagi kapasiti yang ramai. Pada masa sekarang pihak Taman menghadkan lebih kurang 100 pendaki pada satu masa dan akan datang bagi aku mungkin harus di hadkan kepada 100 pendaki dalam sebulan atau membuka trek yang baru. Kesan impak fizikal pada trek agak jelas kerana tanah jenis berpasir dan mudah terhakis.


CP2

Perjalanan di teruskan, kali ini cabaran lebih hebat kerana trek pendakian lebih steep aku anggarkan lebih kurang 45-60 darjah. Lutut aku terasa macam nak tercabut dan panas..tekanan pada lutut amat kuat sehingga aku mengeluarkan perkataan kepada Yoe " dah tiba masanya tuk aku bersara," hehe...yeke? persoalan yang bermain di fikiran aku ketika itu sahaja, natijahnya aku masih sayangkan aktiviti gunung. Tetapi trek ledang ni aku rasakan seperti mengimbas pengalaman lalu aku kerana ada beberapa tempat yang membuat aku recollect balik contohnya pendakian yang menggunakan tangga membuat aku teringat pada tangga 15 Gunung Tahan dan kawasan yang melalui seperti gua pula membuat aku teringat kepada Gua Wang Pinang Perlis.

Laluan bertangga

CP 6 Gua kambing

Puteri Gunung kami di laluan Gua

Setelah pendakian melalui gua, kami tiba pula di kawasan Bonsai di mana pokok yang terdapat di sini adalah pokok bonsai yang renek, teringat aku tika di puncak botak Gunung Tahan dan Bonsai di Korbu. Kemudian tibalah kami di kawasan batu hampar yang aku rasakan risiko yang amat tinggi. Kawasan ini adalah kawasan dinding yang berbatu dan perlu mendaki menggunakan tali jenis kapal (terms yang aku gunakan kerana tali anchor kapal). Bagi kanak-kanak, tidak sesuai melalui batu hampar ini, kerana tali ini harus di pegang kuat jika tersilap langkah boleh jatuh ke bawah, curamnya lebih kurang 60 darjah. Aku cukup gerun tengok batu hampar ini, kerana di bawahnya gaung. Dua laluan batu hampar yang kami harus tempuhi. Tetapi laluan ini akan di tutup apabila hari hujan dan cuaca yang tidak baik atas faktor keselamatan. Sempat juga aku menoleh ke belakang kerana view amat cantik..view yang cantik membuatkan penat dan letih aku hilang.

Batu Hampar



Termenung di puncak Bonsai

Pendakian di teruskan lagi sehingga ke puncak dan kami tiba lebih kurang pukul 2.00p.m 29 nov 08. Sekiranya tidak sampai lebih kurang pukul 3.00 maka pendaki harus turun kerana trek Ledang sekarang tidak boleh berkhemah, ini kerana pihak Taman Negara menutup kawasan perkhemahan di Gunung atas faktor keselamatan kerana pokok banyak tumbang dan pernah menghempap pendaki sebelum ini. Lagipun musim hujan sekarang amat merbahaya kepada pendaki yang ingin berkhemah. Kami makan di atas puncak iaitu maggi dan roti untuk mengalas perut sebelum turun pada pukul 2.30. Sempat juga kami merakamkan kenangan di atas puncak dan cuaca tika itu cerah dan kami dapat melihat sekeliling puncak 360 darjah antaranya Muar, Asahan Melaka, Segamat dan Tangkak. Menariknya gunung ledang ini kerana ia tidak bersambung dengan Banjaran Titiwangsa dan ia merupakan puncak yang tunggal. Berdekatan puncak pula terdapat menara pemancar jika anda melalui lebuhraya PLUS berdekatan tangkak, anda akan dapat melihat puncak tertinggi di bahagian selatan dan boleh nampak pemancar jika cuaca terang.


Pandangan dari puncak

Pemandangan Tangkak

Kami di Puncak

Perjalanan turun agak menarik juga, dan kami melalui trek yang berlainan. Yang aku bengkek sangat trek tu pula sebelah laluan jalan kenderaan menuju ke pemancar. Panas hati aku bila dengar bunyi motor sedang melalui jalan tar hehek.. kami terpaksa membawa pelajar perempuan Poli JB yang cedera turun kerana lututnya bengkak akibat terjatuh dan step pun tidak berapa laju. Ada antara pelajar Poli yang mental down dan kami cuba menenangkan mereka. Kami tiba di Pejabat Taman lebih kurang pukul 5.30p.m. Seterusnya kami di kenakan inspection sampah yang di bawa. Setiap plastik yang di bawa harus cukup dan pakaian juga sepertimana yang kita declare sebelum mendaki. Ini bagi mengelakkan perbuatan membuang sampah di trek. Satu peraturan yang bagus bagi aku. Ini bagi mengelakkan khazanah hutan kita tercemar dan generasi akan datang tidak menghadapi kerosakan ini. Sampah terlalu banyak di gunung ini sebelum di ambil alih oleh pihak Taman Negara.

Spesis Periuk kera yang boleh di jumpai.

Inspection barang

Bagi sesiapa yang sampai ke puncak akan di berikan sijil oleh pihak Taman Negara. Pada malamnya pula akan membuat survei pada responden pelajar Poli JB. Tahniah dan terima kasih atas kerjasama pensyarah dan pelajar Poli JB kerana membantu aku..sekian....

Team Building Jabatan Pembangunan dan Perancang Bandar

Tarikh: 15-18 Dec 08
Tempat: Taman Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam, Selangor

Program ini telah di jalankan selama 4 hari bermula pada hari Isnin dan berakhir pada hari khamis tengahari. Seramai 24 orang telah menyertai kem ini. Pelbagai modul yang di sediakan antaranya: Night walk, Operasi burung Hantu OBH, repelling, explorace, berkayak, Ice-breaking dan Team dinamik.

Sesi Taklimat

Aktiviti repelling

Sedang menunggu giliran repelling

Pelbagai cabaran yang mereka tempuhi untuk menyelesaikan masalah. Apa yang aku perhatikan kumpulan ini komited dalam menjalankan aktiviti dan kerjasama berpasukan semakin baik meskipun ada di antara mereka yang tidak pernah kenal kerana ada staf yang junior yang berlainan jabatan. Namun mereka tetap sepakat dan menyumbang idea, tenaga dalam menjalankan aktiviti. Syabas dan tahniah di ucapkan kepada mereka semua especially kepada kumpulan yang aku kendalikan iaitu kumpulan cicak. Malam persembahan mereka juga menarik dan sangat sporting. Pada malam persembahan ini juga aku dapat melihat mereka mula menonjolkan kebolehan dan membuang sikap rasa malu di dalam diri. Sepanjang kem ini Aku tak dapat mengubah mereka secara drastik tetapi boleh mengubah, jika diri mereka perlu untuk berubah dengan memberi task untuk mereka bagi menyelesaikan masalah dan berfikir. Semoga mereka sukses dan berjumpa lagi.....

Thursday, July 17, 2008

Kembalinyer aku

Akum hye kepada semua pembaca. Dah lama aku tidak menulis. Aku terlalu sibuk dengan kerja dan study. Sekarang sudah minggu ke-2 aku kembali ke semester baru pengajian. Sebelum buka semester aku telah terlibat sebagai fasilitator kem perhutanan 08 di Hutan Simpan Ayer HItam Puchong. Banyak yang aku belajar dari kem ini sepanjang mengendalikan. Berbagai kerenah adik-adik junior aku yang terpaksa aku layan. Tugas sebagai fasi bukan mudah, kerana aku nak membentuk karakter seseorang. Tanggungjawab keselamatan mereka amat aku prihatin dalam aktiviti outdoor. Malapetaka boleh datang bila-bila masa sahaja. So aku terpaksa get ready dengan any situation yang bahaya. Walaupun penat tetapi aku dapat meluaskan network. Pelbagai sahabat baru yang aku dapat. Aku puas apabila individu yang aku didik menjadi manusia berguna pada masa hadapan.
Harapan aku pada semester ini agar dapat mencapai keputusan yang cemerlang. Semester ini jua aku akan memulakan final projek bagi tahun akhir. Moga aku sukses Insyallah..Wassalam...

Wednesday, May 21, 2008

Program kepimpinan sekolah

Pada hujung minggu lepas Company yang aku asaskan bersama 4 orang rakan yang lain baru mengendalikan sebuah program kepimpinan sekolah rendah.
Bagi program ini aku menjadi pengarah program dan cabaran ini aku ambil sebagai tanggungjawab untuk aku laksanakan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa masalah kecil tetapi keputusan yang cepat harus di ambil sebagai memuaskan hati customer. Tekanan yang diserapkan membuatkan aku lebih matang berfikir dan menambah baik pengalaman yang aku dapat lalui.
Kepenatan melayan kerenah pelajar-pelajar sekolah rendah dan staf membuatkan aku berfikir dengan pantas untuk mnyelesaikan masalah yang dihadapi. Tamat program ini Jumaat ini aku akan ke Genting pula untuk Conduct Corporate Course Training dari 23-25 mei. Aku akan menulis lagi selepas pulang dari kem.

Come Back

Salam kepada semua, dah lama aku tak mencoretkan idea dan pandangan di dalam blog ku dan telah lama aku menyepi. Tujuan ku menyepi bukan kerana sengaja, sebenarnya aku terlalu sibuk dengan program dan aktiviti Outdoor. Selepas aku tamat peperiksaan akhir semester aku terus ke Tasik Banding Grik Perak kerana mengendalikan amali Subjek Kemahiran Rekreasi Luar. Sembilan Hari aku di sana dan macam biasalah kalau dah duduk di sana epidermis kulit ku menjadi gelap di panah matahari yang terik. Sesuatu yang ingin aku berkongsi tentang amali ini adalah sebuah amali yang bukan sahaja menerapkan 'experiantial learning' tapi ia turut mendidik mahasiswa yang mengambil subjek ini untuk menguruskan sumber alam yang ada untuk ditawarkan dalam aktiviti rekreasi luar. Selain itu uniknya program Outdoor ini ia sebuah medium untuk kita create and manage behaviour manusia dan pelbagai ragam manusia yang kita dapat deal dengan pelbagai lagi rencam masalah dan pandangan manusia. Kadang aku menilai sebuah perilaku itu melalui program Outdoor dengan memberi tekanan untuk kita menilai behaviour yang sebenar seoran manusia itu dan cara participant itu menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi memberi aku pengalaman yang berguna dan tugas aku sebagai trainer utnk menilai dan membantu participant membentuk karakter yang terbaik tetapi bergantung kepada individu tersebut untuk berubah kepada yang lebih baik.
Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya kayaking, Rope activity, Survival, management game, Slot ceramah, Camp Craft, berakit. Sebagai trainer aku harus bersabar dengan pelbagai kerenah participant dan ini semua dapat membentuk karakter aku yang lebih baik dari dahulu.

Sunday, April 20, 2008

Amin yang aku kenali




Selama aku di UPM sehingga kini dah lebih 5 tahun menuntut, aku tertarik dengan karisma seorang senior aku yang bernama saudara amin. Pertama kali aku berbual denganya bila ek?? aku pun tak ingat, tapi aku mula rapat denganya sejak 4 tahun lalu. Amin ni dah aku anggap macam abg. Pada tahun 2004 aku telah membantu dia kempen pilihanraya kampus sebagai ketua pemasangan poster khakha.. waktu itu kempen pilihanraya masih segar dengan kelantangan suara mahasiswa. Amin telah memecahkan rekod undi yang paling tertinggi tika itu lebih daripada 10ribu undi dan merupakan calon mahasiswa yang pertama mendapat undi sedemikian. Strategi yang dijana mengena ketika itu dengan pelaburan dan calon yang turun padang ketika kempen memberi undi pemikat kepada mahasiswa untuk memilih beliau.

Kini beliau banyak mendedahkan aku dengan dunia politik dan pendedahan ilmu. Aku mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Amin kerana banyak memberi pendedahan kepada aku dengan sesi-sesi diskusi bersama rakan-rakan aktivis yang lain. Daripada program-program yang aku sertai ternyata memberi perubahan pada aku untuk berfikir ke tahap yang kritikal. Setiap peluang yang beliau berikan tak pernah aku tolak untuk sertai. Pada awal sesi diskusi yang aku sertai telah membuatkan aku keliru pada mulanya. Ungkapan-ungkapan yang lahir dari diskusi membuat aku tertanya tentang kebenaran-kebenaran hidup. Aduh.. macam nak termuntah kepala otak aku. Kini serba sedikit aku mula faham tentang hidup ini. Pencerahan yang telah diberikan membuatkan keterbukaan minda aku kini. Banyak lagi aku nak kongsi tentang amin. Sori amin jika aku dedahkan hidup ko haha.. tunggu untuk kisah akan datang..

Exam da tamat.

Hari ini aku telah menamatkan saki baki final exam yang terakhir. Aku sangat tertekan dengan exam bagi semester ni kerana jadual terlalu dekat dan subjek yang aku ambil semester ini agak kritikal dengan banyaknya pengiraan. Aku memang kurang berminat untuk membuat latihan kiraan. Entahlah dari zaman sekolah lagi memang aku kurang berminat. Setelah tamatnya exam terakhir, aku terus dipanggil oleh supervisor final projek aku. Ape kenala lecturer aku tuh.. Hari Ahad ajak aku buat discussion. Aduh.. dah la aku tak cukup tido. Tapi ok gak la discussion tadi. lecturer ajak aku buat tentang "social Impact for mountaineering activity" da banyak kali aku ditukar tajuk. Harap kali ini aku tidak kena tukar tajuk projek lagi..Huh.. Selepas ini cuti semester, so aku tengah mencari projek-projek kecil (mane lubang part time aku kebas) dapat mengisi waktu lapang.

Wednesday, April 16, 2008

Lagi-lagi Isu Babi

Siapakah ini? (Dr Karim Mansor Adun Tg Sepat yang tidak menyokong babi di Selangor dan cuba mempolitikkan. Sedangkan beliau menyokong babi dengan tanda bagus)

Baru-baru ini seorang rakan aku telah bertanyakan soalan mengapa babi di ternak di Selangor dan tidak mengambil sensitiviti orang melayu?. Aku pelik mengapa sesetengah masyarakat cuba mempolitikkan isu ini. Pada pendapat aku isu ini tidak sepatutnya di panjangkan kerana jika kita ingin menjadi negara yang majmuk tidak boleh sekadar mementingkan satu pihak dan kaum. Rakan aku mempersoalkan "sedangkan negara Singapura dan Taiwan yang mempunyai majoriti masyarakat cina, tidak mahu membela babi dalam negara tersebut." ini kerana suara majoriti rakyat negara tersebut yang tidak mahu babi dibela dalam negara tersebut. Berbeza dengan negara kita yang mana masyarakat cina dan penternak mahu babi dibela dalam negara. Kerajaan negeri telah mengambil tindakan untuk meneruskan projek ini setelah mengkaji keberkesanan projek tersebut dan impak kepada rakyat. Kawasan itu juga memang berada dalam penempatan masyarakat di cina ladang tersebut. Kerajaan negeri telah mengambil penasihat dari Jerman untuk memberi pandangan dan kaedah yang digunapakai untuk membina kandang yang lebih mesra alam. Semalam pengerusi jawatankuasa alam sekitar, pertanian moden dan usahawan Sdra Yaakob Sapari telah mengungkapkan kenyataan bahawa "kerajaan telah mengkaji dan mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar-pakar negara luar tentang kaedah yang di gunapakai seperti , Jerman dan Australia yang telah menggunakan kaedah kandang yang lebih mesra alam." Najis-najis haiwan tersebut pula akan dikitar bagi menjana tenaga elektrik bagi kandang tersebut dan dengan kaedah moden ini penyakit JE dan Nipah tidak akan menular. Penyakit ini datang berpunca daripada kebersihan yang tidak terurus. Menurut kenyataan Yaakop lagi "jangan panjangkan isu ini lagi, dan meminta Adun Tg.Sepat supaya tidak mempolitikkan isu ini lagi," katanya. Bagi aku kita sepatutnya tidak mudah melatah dengan isu ini dan mufti sendiri mengatakan tidak ada masalah dan Islam sendiri tidak menghalang hak-hak agama dan Bangsa lain. Jika tidak membina kandang yang lebih moden, kandang yang sedia ada akan mencemarkan lagi keadaan dan kawasan. Negeri akan lebih banyak mengalami kerugian dari segi alam sekitar. Lebih baik kerajaan negeri membina kandang yang lebih baik dan moden. Aku harap isu ini akan selesai dan jangan di politikkan oleh sesetengah pihak.

Dato Shabery Chik ugut Blogger

Semalam Dato Shabery Chik, Menteri Penerangan telah mengugut para Blogger atau media alternatif yang menulis berita-berita yang menghasut dan kesahihan berita tersebut. Menurut beliau "jangan ingat mereka ini akan terlepas dari undang-undang."
Ugutan ini aku percaya atas sebab punca kekalahan mereka terutama BN dan gagal mempertahankan 2/3 majoriti dalam PRU 12 yang lalu. Masyarakat hari ini telah bijak memilih bacaan dan maklumat dari media alternatif ini sebagai berita yang lebih sahih. Shabery seharusnya mengkaji kenapa rakyat sekarang beralih ke media alternatif dan puncanya. Bayangkanlah kalau dah media-media utama menulis berita-berita yang ternyata berat sebelah kepada pemerintah dan fakta pula di putar belitkan. Sebab itulah rakyat mula beralih kerana rakyat sudah tidak percaya lagi dengan berita-berita palsu Utusan dan adik beradiknya yang lain. Bayangkanlah sebahagian media di negara ini dikuasai oleh pemerintah, berita pula memualkan dan putar belit membuatkan rakyat muak dan jelik. Aku berharap para blogger jangan takut dengan ugutan ini.
Sepatutnya Shabery memahami erti demokrasi itu sendiri dari segi kebebasan media dalam sebuah negara yang mengamalkan konsep demokrasi. Aduh.. takkanlah aku nak minta Shabery pergi join worksyop pendidikan politik. Sepatutnya beliau faham konsep demokrasi. Berita-berita yang terdapat dalam media alternatif lebih banyak yang sahih daripada palsu yang diadakan oleh media-media utama negara.